PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM : (SESI 2026) CARA DAFTAR/ REGISTER SECARA ONLINE AMBILAN PERAJURIT MUDA (PtM)
Permohonan kemasukan Perajurit Muda, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sesi 2026 kini dibuka. Individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah permohonan pengambilan tldm? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK NO TIN LHDN : ONLINE, LOGIN (INDIVIDU / SYARIKAT)
MANFAAT PENYERTAAN TLDM
Pelbagai manfaat yang diperoleh jika menyertai sebagai anggota TLDM, antaranya ialah:
- Elaun & Gaji Tetap sepanjang perkhidmatan (Kadar bayaran adalah mengikut taraf pendidikan).
- Kemudahan tempat tinggal, perubatan & kebajikan keluarga.
- Peluang kenaikan pangkat dan latihan lanjutan dalam serta luar negara.
- Jaminan kerjaya dan pencen selepas tempoh perkhidmatan.
- Berpeluang berkhidmat di kapal perang, pangkalan atau misi antarabangsa.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN TLDM
Pemohon TLDM mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia (Lelaki dan Wanita).
- Berumur di antara 18 hingga 25 tahun pada 25 Jun 2026.
- Lepasan SPM atau SVM (Lelaki dan Wanita).
- Lepasan Diploma Kejuruteraan (Politeknik / Universiti Awam / Swasta) – terbuka kepada lelaki sahaja.
- Bujang dan tidak pernah berkahwin.
- Bebas daripada sebarang kes jenayah, dadah atau juvana.
Kelayakan Akademik (Lepasan SPM / SVM)
- Mempunyai SPM atau setaraf dengan:
- Kepujian dalam Bahasa Melayu, dan
- Lulus mata pelajaran Sejarah.
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pemegang Sijil Vokasional Malaysia (SVM) juga layak, dengan syarat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Kelayakan Akademik (Lepasan Diploma Kejuruteraan)
- Mempunyai SPM / setaraf dengan:
- Kepujian dalam Bahasa Melayu, dan
- Lulus dalam Sejarah.
- Perlu mengemukakan:
- Sijil Diploma, transkrip penuh, dan
- Sijil akreditasi MQA.
- Diploma mestilah diiktiraf oleh MQA dalam bidang kejuruteraan seperti berikut:
- Diploma in Engineering
- Diploma in Electrical / Electronics / Mechanical / Marine / Software / Information / Telecommunication / Microelectronic / Manufacturing / Mechatronic Engineering
- Diploma in Aircraft Maintenance Engineering
- Advanced Diploma in Engineering
- Mana-mana Diploma Kejuruteraan lain yang diiktiraf oleh MQA.
Taraf Kesihatan
- Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran baik tanpa sebarang alat bantuan.
- Tidak rabun warna, dan penglihatan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap.
- Ukuran fizikal minimum adalah seperti dalam jadual di bawah:
| UKURAN | LELAKI | WANITA |
|---|---|---|
| Tinggi (minimum) | 1.62 m | 1.60 m |
| Berat (minimum) | 47.5 kg | 46.5 kg |
| BMI | 18.0 – 24.9 | 18.0 – 24.9 |
| Beza Ukuran Dada Pernafasan | 5 cm | 4 cm |
TARIKH PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM
Tarikh permohonan bagi kemasukan siri 231/26 TLDM, seperti berikut:
- Sesi Permohonan Dibuka: Bermula 5-23 November 2025
- Sesi Pemilihan: Calon akan dimaklumkan melalui SMS atau e-Mel.
Catatan : Pemohon digalakkan menyemak Portal Rasmi TLDM dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.
PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM
Permohonan TLDM Sesi 2026 boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi TLDM di https://www.navy.mil.my/
- Dapatkan borang permohonan di https://www.surveymonkey.com/r/ST6TDDG/
- Lengkapkan maklumat diri di dalam borang permohonanan dengan tepat.
- Pastikan anda memilih “Perajurit Muda TLDM Siri 231/26” sebagai kategori permohonan.
- Tekan [Hantar] dan Simpan Salinan Bukti Penghantaran Permohonan untuk tujuan rujukan.
- Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM.
- Selesai.
Catatan : Calon yang layak akan menerima panggilan melalui e-mel atau SMS untuk menghadiri sesi pemilihan fizikal.
SEMAKAN PERMOHONAN PENGAMBILAN TLDM
Semakan statuus permohon boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Layari Portal TLDM : https://www.navy.mil.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian perkhimatan dan Klik [Semakan Keputusan Perajurit Muda 231/26]
- Halaman Semakan Keputusan Perajurit Muda TLDM Siri 231/26 akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-).
- Tekan [Semak]
- Maklumat [Status Permohonan] akan dipaparkan.
- Selesai
PROSES PEMILIHAN PENGAMBILAN TLDM
Selepas permohonan kemasukan TLDM, calon akan melalui beberapa peringkat saringan, seperti :
- Ujian fizikal (kecergasan, ketinggian dan berat badan).
- Temuduga bersama pegawai TLDM.
- Pemeriksaan kesihatan di hospital tentera/panel.
Calon yang lulus semua peringkat akan dipanggil menyertai Latihan Asas Perajurit Muda TLDM Siri 231/26.
Catatan : Latihan ini akan dijalankan di pusat latihan TLDM yang ditetapkan dan merangkumi aspek ketenteraan, disiplin, ketahanan mental, serta kemahiran asas maritim.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 40160159
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.navy.mil.my/