PERMOHONAN MYKASIH RM1200 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN SARA RAHMAH YANG DIBAYAR DALAM MYKAD ANDA

PERMOHONAN MYKASIH RM1200 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN SARA RAHMAH YANG DIBAYAR DALAM MYKAD ANDA

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluaskan kepada semua kategori penerima menjadikan lebih ramai bakal menerima bantuan secara tanpa tunai melalui bantuan barangan asas termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Bagaimanakah permohonan mykasih rm1200 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CARA MEMOHON SARA 2026 : JIKA ANDA LAYAK, DAFTAR BANTUAN MYKASIH SUPAYA ANDA DAPAT BANTUAN RM200, RM100 & RM50 SETIAP BULAN

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026

Penerima MyKasih (SARA) 2026, terdiri daripada :

SYARATKELAYAKAN
KewarganegaraanWarganegara Malaysia
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
Berdaftar dalam sistem pangkalan data keluarga miskin kerajaanTersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih

JUMLAH KELAYAKAN MYKASIH 2026

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :

  • Penerima STR & EKASIH
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM2,400RM200 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800RM150 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM1,200 RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
  • Penerima STR Sahaja
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)

PERMOHONAN MYKASIH 2026

Kelayakan penerima SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima STR dan berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Namun permohonan diperlukan sekiranya :

  • Tiada rekod dalam sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Tidak berdaftar Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar (Sekiranya, berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan eKasih).

CARA PERMOHONAN MYKASIH 2026

Sekiranya anda belum pernah memohon bantuan STR, permohonan STR diperlukan untuk anda menerima bantuan MyKasih.

Permohonan STR 2026 boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

DAFTAR EKASIH

Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment