PERMOHONAN MYKAD MADANI 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA DAN JIKA LAYAK SEGERA DAFTAR SUPAYA NAMA TERSENARAI SEBAGAI PENERIMA

PERMOHONAN MYKAD MADANI 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA DAN JIKA LAYAK SEGERA DAFTAR SUPAYA NAMA TERSENARAI SEBAGAI PENERIMA

Nama-nama yang tersenarai dan terpilih sebagai penerima akan terima Bantuan menerusi MyKad setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026. Namun, setiap penerima akan terima jumlah bantuan yang berbeza mengikut kelayakan.

Bagaimanakah cara isi permohonan MyKad MADANI? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1

KEGUNAAN MYKAD MADANI

Kerajaan MADANI mengkreditan bantuan dalam MyKad adalah khas untuk membantu penerima membuat pembelian barang-barang keperluan asas. Antara barang yang boleh dibeli dengan MyKad adalah termasuk :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk penjagaan diri (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Keperluan asas bayi (Contoh : Lampin pakai buang dan susu formula terpilih).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

JUMLAH KREDIT MYKAD MADANI 2026

Pembelian dengan menggunakan MyKad perlulah tidak melebihi jumlah kredit yang ada setiap bulan dalam MyKad. Bagaimanapun baki kredit yang ada dalam MyKad yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya.

  • Pengkreditan Dalam MyKad Setiap Bulan :
KREDIT DALAM MYKAD
PENERIMA MISKIN
KREDIT DALAM MYKAD
PENERIMA ASAS
Isi Rumah : RM200 sebulan
(RM2,400 setahun)
Isi Rumah : RM100 sebulan
(RM1,200 setahun)
Warga Emas : RM150 sebulan
(RM1,800 setahun)
Warga Emas : RM50 sebulan
(RM600 setahun)
Bujang : RM100 sebulan
(RM1,200 setahun)
Bujang : RM50 sebulan
(RM600 setahun)

Selain pengkreditan setiap bulan, Kerajaan MADANI juga akan mengkreditkan bantuan secara one-off (sekaligus) sebagai tambahan kepada rakyat sebanyak jumlah tersebut.

  • Pengkreditan Dalam MyKad One-Off :
PENERIMA MISKINPENERIMA ASASPENERIMA BARU
Isi Rumah : RM100Isi Rumah : RM100Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100Warga Emas : RM100Warga Emas : RM100
Bujang : RM100Bujang : RM100Bujang : RM100

JADUAL KREDIT MYKAD MADANI 2026

Seperti yang diketahui Bantuan MyKad MADANI bukanlah dikreditkan sekali sahaja. Namun ianya dikreditkan secara ansur setiap bulan yang dijadualkan dari Januari hingga Disember seperti berikut :

TARIKH KREDIT
SETIAP BULAN
TARIKH KREDIT
ONE-OFF
Januari 2026
Februari 2026Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026

SYARAT KELAYAKAN MYKAD MADANI 2026

Inisiatif Bantuan MyKad MADANI adalah terhad kepada rakyat-rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI seperti di bawah :

  • Kelayakan Penerima Setiap Bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) tersenarai sebagai penerima ‘Miskin’; atau
    • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 tersenarai sebagai penerima ‘Asas’;
    • Lulus permohonan STR 2026 dalam kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Kelayakan Penerima One-Off :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Tiada had pendapatan (terbuka kepada semua rakyat termasuk penerima miskin dan asas).

PERMOHONAN MYKAD MADANI 2026

Untuk mendapatkan Bantuan MyKad MADANI setiap bulan, rakyat Malaysia perlu memohon serta lulus permohonan Bantuan STR untuk tahun 2026. Ikuti cara isi permohonan yang lengkap di bawah :

  1. Layari pautan laman web rasmi permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini yang bertajuk ‘Bantuan MyKad MADANI’ adalah merupakan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah). Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, pihak tuan / puan boleh merujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment