PERMOHONAN MY KASIH RM100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR & SYARAT KELAYAKAN
Penerima MyKasih yang layak kini boleh membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di premis runcit berdaftar mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah permohonan my kasih rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI KEDAI SARA : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MY KASIH RM100 2025
Kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
CARA PERMOHONAN MY KASIH RM100 2025
Bantuan MyKasih RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA SEBARANG PERMOHONAN diperlukan.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MY KASIH RM100 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
MANFAAT PELAKSANAAN MY KASIH RM100
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Malaysia, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
TARIKH BOLEH GUNA KREDIT MY KASIH RM100 2025
Bantuan RM100 ONE-OFF boleh mula digunakan untuk membeli barangan keperluan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bermula 31 Ogos 2025, dan SAH hingga 31 Disember 2025.
CARA GUNA KREDIT MY KASIH RM100 2025
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) MY KASIH RM100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan RM100 ONE OFF:
- Adakah semua pemegang MyKad Warganegara Malaysia akan menerima SARA RM100?
- Ya, RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Bagaimanakah cara mohon RM100 ONE-OFF?
- Tiada sebarang permohonan diperlukan. Bantuan RM100 akan dikreditkan SECARA AUTOMATIK kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing.
- Kenapa RM100 disalurkan melalui MyKad?
- RM100 hanya boleh digunakan KHUSUS untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad di pasar raya / kedai runcit terpilih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]