PERMOHONAN MATRIKULASI REGISTRATION : (SESI 2026) CARA DAFTAR KEMASUKAN KE MATRIKULASI MELALUI ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN MATRIKULASI REGISTRATION : (SESI 2026) CARA DAFTAR KEMASUKAN KE MATRIKULASI MELALUI ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Terkini! Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026 akan dibuka dalam masa terdekat. Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal Rasmi KPM dalam tempoh ditetapkan sebelum tamat permohonan.

Bagaimanakah registration permohonan matrikulasi sesi 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA

TARIKH REGISTER PERMOHONAN MATRIKULASI

Calon Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 boleh membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2026 mengikut tarikh berikut :

TARIKH BUKA PERMOHONANTARIKH TUTUP PERMOHONAN
10 November 2025
(Isnin)
10 Februari 2026
(Selesa)

Catatan : Permohanan adalah percuma tanpa perlu membeli nombor pin, dan pelajar tidak perlu muat naik keputusan percubaan SPM untuk membuat permohonan.

JURUSAN YANG DITAWARKAN MATRIKULASI 2026

Senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut:

  • Jurusan Sains;
  • Jurusan Sains Komputer;
  • Jurusan Kejuruteraan;
  • Jurusan Perakaunan;
  • Jurusan Perakaunan Profesional;

KELEBIHAN REGISTER PERMOHONAN MATRIKULASI

Kemasukan ke Matrikulasi membolehkan pelajar lepasan SPM mendapat manfaat seperti :

  • Yuran Pengajian & penginapan secara percuma;
  • Sebagai laluan pintas untuk masuk ke universiti;
  • Bantuan SARA hidup bagi yang layak;
  • Layak memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Gred 5 dengan sijil Matrikulasi KPM;
  • Diiktiraf semua university awam dan 59 universiti antarabangsa.

REGISTRATION PERMOHONAN MATRIKULASI

Permohonan matrikulasi boleh dilakukan secara online seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Kementerian Pendidikan (KPM)https://matrikulasi.moe.gov.my/
  1. Layari Portal Rasmi Matrikulasi di : https://matrikulasi.moe.gov.my/
  2. Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
  3. Kemudian, pilih menu Permohonan.
  4. Klik [Daftar Pertama Kali].
  5. Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian klik [Daftar].
  7. Semak e-Mel yang telah anda daftarkan untuk membuat pengesahan pendaftaran.
  8. Klik [Setuju] untuk meneruskan permohonan.
  9. Setelah itu, Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
  10. Lengkapkan Maklumat Akademik, Pilihan Program Matrikulasi (PST, PDT, Kejuruteraan, Perakaunan, Sains Komputer, dsb.).
  11. Kemukakan dokumen sokongan jika diminta, seperti keputusan SPM awal atau dokumen identiti.
  12. Pilih kolej matrikulasi pilihan berdasarkan senarai kolej yang disediakan.
  13. Semak Butiran Permohonan, dan Klik [Hantar].
  14. Simpan salinan Slip Permohonan atau Nombor Rujukan untuk tujuan rujukan.
  15. Selesai.

Catatan : sekiranya terdapat kesilapan semasa pengisian maklumat, anda perlu kemas kini dalam tempoh yang dibenarkan sebelum tarikh tutup permohonan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment