PERMOHONAN LESEN PERCUMA ONLINE 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON & CEK KELAYAKAN
Displin di atas jalan raya adalah penting bagi mengelakkan berlaku sebarang kemalangan. Setiap penunggang dan pemandu kenderaan diwajibkan mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah. Oleh itu, bagi membantu golongan yang kurang kemampuan, Bantuan Lesen Percuma diteruskan lagi.
Bagaimanakah permohonan lesen percuma secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN EKASIH 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KUOTA PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026
Pihak kerajaan menetapkan kuota permohonan setiap tahun hanyalah seramai berikut :
| KUOTA PEMOHON | GOLONGAN SASARAN |
|---|---|
| 15,000 permohonan | – Pelajar Sekolah Menengah – Pelajar Universiti – Belia Dari Keluarga B40 |
JENIS LESEN PERCUMA DITAWARKAN
Program Bantuan Lesen Percuma hanya menawarkan satu (1) jenis lesen sahaja percuma iaitu Kelas B2 untuk motorsikal berkuasa 250cc ke bawah. Namun, Lesen kereta kelas D dan DA adalah tidak termasuk dalam Program Lesen Percuma.
MANFAAT LESEN PERCUMA 2026
Antara manfaat Bantuan Lesen Percuma adalah :
- Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah.
- Mengurangkan bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar kos lesen.
- Membuka peluang pekerjaan baharu seperti bidang penghantaran makanan dan barang kepada golongan belia yang menganggur.
- Mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang tanpa lesen di Malaysia.
SYARAT PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026
Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan di bawah sahaja layak memohon Bantuan Lesen Percuma :
- Warganegara Malaysia.
- Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Sihat dari segi fizikal dan mental.
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan.
- Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.
PERMOHONAN LESEN PERCUMA ONLINE 2026
Ikuti panduan lengkap cara permohonan Lesen Percuma seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi JPJ (ikut JPJ negeri masing-masing).
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Program Lesen Percuma, sila layari laman utama JPJ atau talian dan e-mel rasmi seperti di bawah :
- Laman Utama JPJ : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
- Talian JPJ : 03-8892 8714 / 03 8892 8693
- E-mel JPJ : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2.