PERMOHONAN LESEN MENDULANG EMAS : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & DAFTAR UNTUK RAKYAT KELANTAN YANG BERMINAT

PERMOHONAN LESEN MENDULANG EMAS : SEMAK SYARAT KELAYAKAN & DAFTAR UNTUK RAKYAT KELANTAN YANG BERMINAT

Lesen mendulang emas di Negeri Kelantan bakal dibuka secara rasmi kepada rakyat kelantan bermula Januari 2026.Setiap rakyat kelantan yang berminat melakukan aktiviti mendulang emas boleh memohon dan sediakan bayaran sebanyak RM100 sahaja.

Bagaimanakah cara permohonan lesen mendulang emas? Ikuti panduan lengkap dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

SYARAT KELAYAKAN LESEN MENDULANG EMAS

Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan syarat-syarat kelayakan bagi mendapatkan lesen mendulang emas bagitahun 2026 seperti yang tertera di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat Kelantan : yang lahir & menetap di Kelantan;
  • Setiap individu hanya satu lesen sahaja;
  • Lesen tidak boleh dipindah milik;
  • usia minimum pemohon akan dimaklumkan.

*Nota : Pendulang tidak boleh mengunakan bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan sumber air dan tanah.

WAKTU & LARANGAN MENDULANG EMAS

Hanya waktu-waktu tertentu sahaja dibenarkan untuk melakukan aktiviti mendulang emas dan terdapat juga waktu larangan mendulang emas seperti berikut :

WAKTU DIBENARKAN
MENDULANG EMAS
WAKTU LARANGAN
MENDULANG EMAS
8 pagi hingga 6 petangPada Musim Tengkujuh
(jadi kesalahan)

LOKASI MENDULANG EMAS

Permit rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat Kelantan untuk melakukan aktiviti mendulang emas di kawasan yang diwartakan seperti :

  • Gua Musang.
  • Kuala Krai.
  • Tanah Merah.
  • Jeli.

TARIKH BOLEH MOHON LESEN MENDULANG EMAS

Rakyat kelantan yang berminat untuk mendulang emas boleh kemukakan permohonan bermula pada tarikh berikut :

TARIKH PERMOHONAN LESEN MENDULANG EMAS
Bermula Januari 2026
*Tarikh akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

JUMLAH BAYARAN LESEN MENDULANG EMAS

Bagaimanapun untuk mendapatkan lesen mendulang,pemohon perlu sediakan bayaran dengan jumlah seperti berikut :

JUMLAH BAYARAN LESENTEMPOH SAH GUNA
RM100 Satu lesenSatu (1) Tahun
*Lesen perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun, setiap individu boleh memilik satu lesen sahaja.

PERMOHONAN LESEN MENDULANG EMAS

Individu/rakyat kelantan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan lesen mendulang emas terus di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri atau Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Jajahan yang berkenaan.

Setiap pemohon perlu membawa dokumen sokongan seperti kad pengenalan dan salinan serta borang rasmi yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

PENJUALAN EMAS HASIL MENDULANG

Emas yang dapat daripada hasil mendulang hanya boleh dijual kepada pembeli yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Kelantan sahaja dan pembeli emas juga perlu memohon lesen daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan mengikut jajahan dan terikat dengan pembayaran Royalti kepada Kerajaan Negeri.

PERATURAN MENDULANG EMAS

Para pendulang mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.Berikut adalah antara peraturan-peraturan yang ditetapkan :

  • Hanya rakyat Kelantan yang berjaya mendapat lesen sahaja dibenarkan.
  • Mendulang dikawasan yag diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
  • Tidak dibenarkan menggunakan peralatan berat atau mesin mudah alih yang berbentuk industri.
  • Setiap seorang hanya boleh melakukan aktiviti mendulang dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
  • Semua tidak boleh melakukan aktivit mendulang pada musim tengkujuh untuk mengelakkan risiko banjir dan tanah runtuh.
  • Penggunaan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kelestarian alam sekitar adalah tidak dibenarkan.
  • Hasil emas yang diperolehi mestilah dijual kepada pembeli berlesen.
  • Pihak berkuasa negeri kelantan akan melakukan pemantauan berkala untuk memastikan semua pendulang mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Semua perubahan atau pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan undang undang mengikut enakmen mineral negeri kelantan.

INFO LANJUT

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Lesen Mendulang Emas.

Leave a Comment