PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 JPJ : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 JPJ : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) adalah sebuah usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah di sisi undang-undang.

Bagaimanakah permohonan Lesen Memandu Percuma JPJ? Ikuti penjelasan dan panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : TARIKH MASUK STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SYARAT PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut boleh memohon Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

MAKLUMAT BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 JPJ

Antara maklumat berkaitan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) yang perlu diketahui oleh pemohon :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

TARIKH PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Lazimnya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) bermula pada bulan Februari hingga Oktober atau sehingga kuota penuh. Oleh itu, pemohon perlu rujuk cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri masing-masing untuk mengetahui tarikh permohonan yang dibuka.

PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 JPJ

Berikut merupakan panduan permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) yang lengkap :

  1. Layari Portal Rasmi JPJ; atau klik pautan di sini : https://www.jpj.gov.my/
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport]
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut
  6. Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
  7. Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal
  8. Selesai

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

Leave a Comment