PERMOHONAN EKASIH RM200 (2026 BANTUAN SARA)

PERMOHONAN EKASIH RM200 (2026 BANTUAN SARA)

Data eKasih hanya diguna pakai oleh Kerajaan serta agensi-agensi pemberi bantuan dalam program pembasmian kemiskinan. Bantuan sebanyak RM200 akan diberikan setiap bulan kepada 1 juta pemohon eKasih yang layak.

Bagaimanakah cara permohonan eKasih RM200? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA MYKASIH 2026  (REGISTER ONLINE SEKARANG)

APA ITU EKASIH RM200?

eKasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional yang mempunyai data mengenai rakyat yang berpendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) yang secara automatik layak untuk terima pelbagai bentuk bantuan oleh kerajaan serta agensi-agensi dalam progran pembasmian kemiskinan.

Bantuan bernilai RM200 setiap bulan pula merupakan pemberian oleh kerajaan melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas kepada isi rumah yang tersenarai dalam rekod data eKasih.

SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM200

Penerima Bantuan RM200 setiap bulan disahkan berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR).
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa.
  • Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima ‘Miskin’ dan ‘Miskin Tegar’.
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026.

PERMOHONAN EKASIH RM200

Bagi yang memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), akan secara automatik layak untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM200 setiap bulan.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, ikuti cara permohonan di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

PENDAFTARAN EKASIH

Ketua Isi Rumah (KIR) yang Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa, anda boleh mendaftar eKasih sebagai penerima ‘Miskin’ dan ‘Miskin Tegar’ supaya dapat Bantuan SARA RM200 setiap bulan.

Ikuti cara pendaftaran eKasih seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Pada halaman tersebut, layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Untuk Didaftarkan Ke Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti dan kenalpasti syarat kelayakan anda.
  5. Seterusnya, hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  7. Hubungi talian Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  8. Selesai.

BILA PENGKREDITAN RM200 2026

Pengkreditan Bantuan SARA RM200 adalah setiap bulan selama 12 bulan yang bermula Januari hingga Disember seperti berikut :

  • Januari 2026 – RM200.
  • Februari 2026 – RM200.
  • Mac 2026 – RM200.
  • April 2026 – RM200.
  • Mei 2026 – RM200.
  • Jun 2026 – RM200.
  • Julai 2026 – RM200.
  • Ogos 2026 – RM200.
  • September 2026 – RM200.
  • Oktober 2026 – RM200.
  • November 2026 – RM200.
  • Disember 2026 – RM200.

*Tarikh akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment