PERMOHONAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)

PERMOHONAN EKASIH ONLINE (2025 BANTUAN)

Melalui Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), golongan yang layak dan benar-benar memerlukan dapat dikenal pasti bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang sewajarnya untuk menyokong kelangsungan hidup.

Bagaimanakah permohonan ekasih online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 100 MYKAD LOGIN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

PERMOHONAN EKASIH ONLINE

APA ITU EKASIH?

Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan bagi tujuan merancang, melaksanakan dan memantau program pembasmian kemiskinan. Sistem ini dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Maklumat berkaitan individu miskin, termasuk bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), rekod permohonan, serta pemantauan keberkesanan bantuan yang disalurkan akan disimpan dalam sistem ini, dan data ini akan digunakan sebagai rujukan rasmi oleh kementerian dan agensi kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan.

SIAPA YANG LAYAK MOHON?

Kelayakan permohonan eKasih adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin atau berpendapatan rendah B40; dan
  • Pendapatan isi rumah menepati Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

JENIS BANTUAN

Melalui pendaftaran Sistem eKasih, terdapat beberapa bantuan yang layak diterima oleh KIR, antaranya :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan tunai secara berfasa (empat fasa) kepada golongan berpendapatan rendah; dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Program lanjutan daripada STR kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih secara bulanan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada individu yang tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih, dan penerima STR.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang layak diterima oleh KIR adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BANTUAN STR
KADAR KELAYAKAN
BANTUAN SARA
Isi RumahAntara
RM500 hingga RM2,500
(bergantung kepada jumlah anak)
RM2,100
RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM1,650
RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM600
RM50 (Januari – Disember)

PERMOHONAN EKASIH ONLINE

Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN EKASIH ONLINE

Sekiranya telah mendaftarkan permohonan eKasih, status permohonan boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
  3. Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
  4. Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
  5. Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
  7. Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
    • Disahkan – Telah dibanci;
    • Disemak – Dalam proses banci;
    • Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
    • Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN EKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan EKASIH 2025:

  1. Siapa yang layak daftar eKasih?
    • Keluarga atau Isi Rumah yang berpendapatan rendah (Miskin dan Miskin Tegar) berdasarkan Panduan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Di mana saya boleh buat permohonan?
    • Anda boleh hadir ke Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pendaftaran.
  3. Berapa lama tempoh semakan permohonan eKasih?
    • Tempoh permohonan adalah bergantung kepada proses semakan dan pengesahan oleh Pihak berwajib.
  4. Jika saya sudah pernah daftar STR, adakah perlu daftar eKasih lagi?
    • Ya, kerana STR hanya bantuan tunai, manakala eKasih adalah pangkalan data rasmi untuk menerima pelbagai jenis bantuan kerajaan.
  5. Adakah maklumat saya dalam eKasih selamat?
    • Ya, data anda dilindungi oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sistem Pangkalan Data eKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan : 03-8000 8000
  • Talian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih: 03 – 7720 1800
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment