PERMOHONAN DARJAH 1 2027 : CARA DAFTAR TAHUN 1 GUNA IDME – PANDUAN LENGKAP

PERMOHONAN DARJAH 1 2027 : CARA DAFTAR TAHUN 1 GUNA IDME – PANDUAN LENGKAP

Langkah proaktif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mempelawa kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur enam (6) tahun dan tujuh (7) tahun untuk kemasukan darjah 1 bagi sesi 2027 yang boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman rasmi IDME.

Bagaimanakah cara daftar permohonan Darjah 1 2027? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2027 : CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM (PANDUAN LENGKAP)

TARIKH DAFTAR PERMOHONAN DARJAH 1 2027

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka pendaftaran bagi permohonan murid Darjah 1 bagi Kalendar Akademik sesi 2027 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (IDME) mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH PERMOHONAN
DIBUKA
TARIKH PERMOHONAN
DITUTUP
15 Februari 202631 Mac 2026

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DARJAH 1

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak-anak yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon kemasukan ke Darjah 1 bagi tahun 2027 :

  • Kanak-kanak merupakan Warganegara Malaysia;
  • Berumur enam (6) tahun dan tujuh (7) tahun :
    • Lahir pada 1 Januari 2020 hingga Disember 2021.

CARA DAFTAR PERMOHONAN DARJAH 1 2027

Bagi Ibu bapa / penjaga yang belum pernah mendaftar akaun IDME, ikuti langkah pendaftaran akaun seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi IDME : https://idme.moe.gov.my/login.
  2. Pada halaman tersebut, klik pada [Daftar Baru].
  3. Pilih kategori ‘Kad Pengenalan’.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh, alamat E-mel dan Nombor Telefon terkini yang aktif.
  5. Tandakan pada kotak [ ] saya bukan robot*.
  6. Klik pada butang [Daftar].
  7. E-mel pengesahan dan kata laluan sementara akan dihantar melalui alamat E-mel yang didaftarkan.
  8. Selesai.

Setelah anda selesai mendaftar akaun IDME, anda boleh mula mendaftar permohonan untuk kemasukan Darjah 1 sesi 2027 seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi IDME : https://idme.moe.gov.my/login.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  3. Klik pada butang [Daftar Masuk].
  4. Setelah berjaya log masuk, klik pada [Pengurusan Awam].
  5. Lengkapkan semua SubMenu pada pengurusan profil.
  6. Seterusnya, klik pada menu [Permohonan Kemasukan].
  7. Klik pada [Pendaftaran Tahun 1 2027] untuk meneruskan permohonan.
  8. Kemudian, Klik pada butang [Mohon].
  9. Lengkapkan maklumat anak yang diperlukan.
  10. Sahkan pada [Perakuan].
  11. Klik pada butang [Hantar] dan [Cetak].
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Permohonan Darjah 1, sila rujuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Permohonan Darjah 1.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendaftaran-sr.

Leave a Comment