PERMOHONAN BUDI95 : CARA REGISTER BANTUAN SUBSIDI MINYAK PETROL RON95 2025

PERMOHONAN BUDI95 : CARA REGISTER BANTUAN SUBSIDI MINYAK PETROL RON95 2025

Subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter, boleh ditebus dan digunakan oleh penerima yang layak melalui beebrapa kaedah yang ditetapkan dengan pengesahan menggunakan MyKad.

Bagaimanakah permohonan budi95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS BUDI MADANI RON 95 : SEMAK KELAYAKAN & BAKI KOUTA & CARA PERMOHONAN

PERMOHONAN BUDI95

APA ITU BUDI95?

Budi Madani RON95 merupakan Program Subsidi RON95 yang dilaksanakan oleh Kerajaan khusus untuk semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan tanpa mengira tahap pendapatan untuk menikmati Petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM2.60 seliter.

Pelaksanaan Program BUDI 95 adalah seperti berikut :

KELAYAKAN BANTUANPENERANGAN
Harga SubsidiRM1.99 seliter (bermula 30 September 2025)
Kuota Penggunaan Setiap Bulan
(Had)
300 liter sebulan bagi setiap pengguna
Pengecualian KuotaPengecualian diberikan kepada pemandu kenderaan e-hailing

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BUDI95

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai MyKad (Kad Pengenalan);
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Memiliki lesen memandu yang masih aktif (SAH) dan berdaftar JPJ;

PERMOHONAN BUDI95

Subsidi RON95 akan diberikan secara automatik kepada semua individu yang memenuhi syarat kelayakan TANPA sebarang permohonan diperlukan.

CARA SEMAKAN PERMOHONAN BUDI95

Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:

  • Portal Rasmi Budi MADANI di pautan https://www.budi95.gov.my/ ;
  • Kaunter Stesen Minyak;
  • Aplikasi eWallet Touch ‘n Go (TNG); atau
  • Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo.

SEMAKAN KELAYAKAN

Status Kelayakan boleh di semak di Portal Rasmi BUDI MADANI seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Portal.
  3. Tekan pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Seterusnya, masukkan 12 digit [Nombor MyKad/Kad Pengenalan] tanpa (-) diruangan yang telah disediakan.
  5. Tekan [Verify] di ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, klik butang [Semak Kelayakan].
  7. Status ‘ANDA LAYAK UNTUK MANFAAT BUDI95’ akan dipaparkan sekiranya anda layak.
  8. Sistem akan memaparkan maklumat seperti berikut seperti berikut :
    • Nama Program : BUDI95 Individu.
    • Nombor Kad Pengenalan : 12 Digit Nombor Kad Pengenalan Penerima (xxxxxx-xx-xxxx).
    • Baki BUDI95 : 300.000 liter daripada 300.000 liter.
    • Kelayakan Seterusnya: 1 November 2025 | 31 Hari.
  9. Selesai.

CARA TEBUS

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan budi ron95 :

Di Terminal Pam di Stesen Minyak :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi stesen minyak pilihan anda.
  2. Pergi ke Terminal Pam Minyak.
  3. Pilih jumlah minyak (RM) atau yang ingin diisi pada skrin terminal.
  4. Kemudian, buat bayaran menggunakan kad kredit/debit sama ada melalui ‘PayWave’ atau dengan memasukkan 6 digit nombor PIN.
  5. Masukkan MyKad ke dalam slot terminal pam yang disediakan untuk pengesahan kelayakan Budi95.
  6. Sistem akan mengesahkan kelayakan anda secara automatik.
  7. Setelah disahkan, isi minyak RON95 di pam yang telah dipilih.
  8. Cetak resit untuk tujuan rujukan.
  9. Selesai.

Di Kaunter Cashier (Juruwang) di Stesen Minyak :

  1. Bawa MyKad dan kunjungi stesen minyak pilihan anda.
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang bertugas untuk pengesahan serta penebusan Budi95.
  3. Juruwang akan memaklumkan kadar liter atau baki liter yang boleh diisi.
  4. Maklumkan jumlah minyak (RM) yang ingin diisi, serta nombor pam anda kepada juruwang.
  5. Kemudian, bayar menggunakan kaedah tunai atau kad debit/kredit.
  6. Resit akan dicetak untuk tujuan rujukan.
  7. Isi minyak RON95 di pam yang telah ditetapkan.
  8. Selesai.

Melalui Aplikasi Syarikat Minyak atau Aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet :

  1. Kunjungi stesen minyak berdekatan.
  2. Buka aplikasi syarikat minyak atau aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet (mengikut pilihan anda).
  3. Pautkan (link) aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet dengan MyKad anda.
  4. Cari menu Budi95 di dalam aplikasi, kemudian pilih ‘Buy Fuel’.
  5. Pilih stesen minyak yang sedang anda kunjungi.
  6. Masukkan nombor pam yang digunakan untuk mengisi minyak.
  7. Tentukan kadar minyak (RM) yang ingin diisi, dan buat bayaran melalui pilihan kaedah pembayaran yang tersedia dalam aplikasi.
  8. Kod QR akan dipaparkan selepas pembayaran berjaya.
  9. Tunjukkan kod QR tersebut kepada juruwang di kaunter untuk diimbas.
  10. Resit akan dicetak sebagai rujukan.
  11. Isi minyak RON95 seperti biasa di pam yang telah dipilih.
  12. Selesai.

KUOTA PENGGUNAAN

Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA HARGA PETROL RON95
PER LITER
HAD LITER

Semua Penerima Warganegara Malaysia
RM1.99 /Liter 300 Liter Sebulan
Pemandu Kenderaan e-hailingRM1.99 /Liter Pengecualian Had Penggunaan

(Perlu memohon untuk had lebih tinggi/kelayakan tambahan)

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Siapa yang layak BUDI95?
    • Semua Warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang SAH (Masih Aktif).
  2. Bagaimana cara mohon BUDI95?
    • Tiada sebarang permohonan diperlukan. Kelayakan adalah secara automatik mengikut syarat kelayakan bantuan.
  3. Berapa subsidi petrol RON95 diberikan?
    • RM1.99 Seliter untuk 300 liter sebulan.
  4. Adakah penerima secara automatik?
    • Ya, individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan akan menerima subsidi RON95 tanpa sebarang permohonan diberikan.
  5. Bila BUDI95 mula berkuat kuasa?
    • Budi Madani RON95 boleh digunakan bermula pada 30 September 2025.
  6. Adakah MyKad diperlukan untuk tebus subsidi?
    • Ya. MyKad diperlukan untuk pengesahan kelayakan penerima.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

Leave a Comment