PERMOHONAN BINGKAS 2026 : CARA REGISTER/ DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
BINGKAS atau rasminya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dirangka khas oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu memberikan sokongan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan meningkatkan kedayatahanan kewangan rakyat Selangor terutamanya ketua isi rumah yang memerlukan.
Bagaimanakah permohonan BINGKAS 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : REGISTER EKASIH 2026 : CARA DAFTAR/MOHON BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA MYKASIH
CARA PENERIMAAN BINGKAS
Setiap pemohon yang layak akan menerima bayaran Bantuan BINGKAS secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam aplikasi BINGKAS (akaun e-Dompet) secara automatik pada setiap bulan dan boleh digunakan beli barangan keperluan asas.
*Baki yang ada setiap bulan perlu dihabiskan kerana ianya tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
KADAR BAYARAN BINGKAS 2026
Bantuan BINGKAS akan dibayar kepada setiap pemohon yang layak dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM300 setiap bulan dan ianya perlu dihabiskan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, keperluan bayi, alatan pendidikan dan sebagainya.
*Namun, penerima tidak dibenarkan untuk membeli rokok, alkohol, tambah nilai prabayar dan sebagainya.
CARA MENGGUNAKAN BINGKAS
Hanya pemohon yang berjaya memohon dan lulus permohonan sahaja akan menerima bayaran Batuan BINGKAS setiap bulan dan boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas mengikut panduan berikut :
- Kunjungi kedai / pasaraya yang berdaftar dengan BINGKAS.
- Pilih barang keperluan yang ingin dibeli.
- Pergi ke kaunter bayaran.
- Beritahu juruwang untuk bayaran guna Bantuan BINGKAS.
- Buka aplikasi BINGKAS dan klik bahagian e-Wallet.
- Kod QR bayaran akan dipaparkan.
- Juruwang akan imbas kod QR tersebut dan sahkan bayaran.
TARIKH PERMOHONAN BINGKAS 2026
Kerajaan Negeri Selangor akan membuka peluang untuk rakyat yang layak menerima bayaran Bantuan BINGKAS dengan mengemukakan permohonan secara online melalui Portal Rasmi BINGKAS dan ianya dibuka bermula pada :
| JENIS PERMOHONAN | TARIK DIBUKA |
|---|---|
| Permohonan Online | Bermula 1 November 2025 |
SYARAT KELAYAKAN BINGKAS 2026
Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu mengetahui syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan BINGKAS. Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Tempat lahir / menetap | Lahir / menetap di Selangor lebih 10 tahun |
| Kadar Pendapatan | Tidak lebih RM5,000 sebulan |
| Status Perkahwinan | Berkahwin / ibubapa tunggal |
| Bilangan Tanggungan | Minimum 2 orang yang berumur 18 tahun ke bawah |
PANDUAN PERMOHONAN BINGKAS 2026
Rakyat-rakyat yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan untuk kemukakan permohonan Bantuan BINGKAS dan permohonan boleh dibuat secara online sahaja. Ikuti panduan permohonan yang lengkap seperti di bawah :
- Sila ke Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Terus klik Butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] jika belum mempunyai akaun Selangkah.
- Laman Pendaftaran Akaun Selangkah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Telefon untuk pendaftaran akaun Selangkah.
- Isikan [Nama Penuh*] anda.
- Ciptakan Kata laluan baharu dan sahkan.
- Seterusnya, masukkan alamat emel yang aktif.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa jarak dan tanpa sengkang.
- Isi maklumat alamat kediaman terkini anda.
- Seterusnya klik butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila log masuk bingkas dengan akaun Selangkah yang telah didaftarkan dengan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Lengkapkan maklumat permohonan Bantuan BINGKAS dan yang bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Permohonan telah berjaya.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT BINGKAS
Artikel ini hanya ditulis berdasarkan maklumat sahih dari Portal BINGKAS dan dikongsikan untuk memudahkan carian dan kefahaman. Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 atau layari laman pertanyaan di sini https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.