PERMOHONAN BARU MYSTR 2026 : REGISTER, DAFTAR AKAUN & PEMOHON BAHARU (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN BARU MYSTR 2026 : REGISTER, DAFTAR AKAUN & PEMOHON BAHARU (PANDUAN LENGKAP)

Kerajaan menyarankan agar semua pemohon / penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada untuk mendaftar akaun MySTR yang baru supaya dapat log masuk, semak status dan juga kemaskini permohonan walaupun sudah mempunyai akaun yang terdahulu. Selain itu, individu yang tidak sempat memohon Bantuan MySTR pada tahun ini boleh kemukakan permohonan baru.

Bagaimanakah cara permohonan baru MySTR 2026? Sila rujuk panduan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : LOG MASUK STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & KEMASKINI PERMOHONAN BARU

PENGENALAN AKAUN BARU MYSTR 2026

Akaun MySTR adalah sebuah akaun pengguna untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang merupakan platform dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat membuat permohonan, mengemaskini maklumat dan menyemak status kelayakan permohonan STR.

Setiap pemohon atau penerima STR yang sedia ada perlu mendaftar akaun MySTR yang terbaru untuk STR 2026, walaupun sudah mempunyai akaun mySTR untuk tahun-tahun sebelumnya lagi. Melalui akaun baru MySTR, pemohon boleh :

  • Mengemukakan permohonan STR secara dalam talian.
  • Kemaskini maklumat peribadi atau maklumat akaun bank terbaru.
  • Log masuk dan semak status permohonan STR 2026.

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2026

Pembayaran Bantuan MySTR pada tahun 2026 adalah bersekali dengan bayaran SARA setiap bulan diberikan kepada semua penerima dengan bayaran RM100 sebulan sehingga RM1,200 dan penerima miskin akan terima RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun.

Berikut merupakan jumlah bayaran MySTR 2026 :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600
Bujang
*Penerima STR berstatus bujang hanya akan menerima bayaran SARA sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.

CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR 2026

Semua pemohon atau penerima MySTR sedia ada yang telah mempunyai akaun perlu mendaftar akaun MySTR yang baru supaya dapat log masuk dan kemaskini permohonan dan semak status kelayakan.

Ikuti cara daftar akaun baru MySTR seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. ⁠Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. ⁠Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. ⁠Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. ⁠Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

CARA LOG MASUK AKAUN BARU MYSTR 2025

Selepas selesai mendaftar akaun MySTR yang baru, pemohon / penerima sedia ada boleh terus log masuk akaun tersebut untuk semak status kelayakan atau kemaskini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat asas.

Ikuti cara log masuk ke akaun baru MySTR seperti berikut :

  1. Pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. ⁠Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. ⁠Tekan (Semak).
  5. ⁠Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. ⁠Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. ⁠Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. ⁠Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR,
    • Jumlah Telah Dibayar,
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR,
    • Status Kelayakan SARA.
  11. ⁠Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan,
    • Cetak Permohonan,
    • Semakan Permohonan,
    • Kemas Kini Maklumat Asas,
    • Tukar Kata Laluan,
    • Maklumbalas,
    • Peti Mel.
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. ⁠Selesai.

PERMOHONAN BARU MYSTR 2026

Ikuti cara kemukakan permohonan baru MySTR seperti berikut :

  1. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  2. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  4. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  5. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. (Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat).
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  8. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  9. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  10. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  11. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  12. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  13. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  15. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  16. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  17. Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  18. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  19. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  20. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  21. ⁠Selesai.

INFO LEBIH LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan info terkini berkaitan Pendaftaran, Permohonan dan Cara log masuk MySTR yang baru sahaja untuk memudahkan carian. Untuk sebarang masalah atau info lebih lanjut, anda boleh rujuk di bawah :

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel : [email protected]

Leave a Comment