PERMOHONAN BARU BINGKAS 2026 : CARA DAFTAR/REGISTER BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
Secara rasminya Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan baru Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bermula pada 1 November 2025 dan rakyat Selangor boleh mula memohon da menikmati bayaran sebanyak RM300 setiap bulan untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas seisi keluarga.
Bagaimanakah cara permohonan baru BINGKAS 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : PORTAL MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BARU
JUMLAH BANTUAN BINGKAS 2026
Pemohon yang berjaya memohon dan status disahkan ‘Lulus’ akan menerima bayaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) pada setiap bulan dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak berikut :
💰 RM300 setiap bulan sehingga RM3,600 setahun.
*Nota : Bantuan RM300 dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam akaun e-Wallet, namun perlu dihabiskan kerana baki tersebut tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SYARAT PERMOHONAN BINGKAS 2026
Sebelum kemukakan sebarang permohonan Bantuan kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin atau ibu / bapa tunggal;
- Mempunyai anak / tanggungan sekurangnya 2 orang yang berumur 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor tidak kurang dari 10 tahun;
- Merupakan pengundi / pemilih berdaftar di Selangor.
TARIKH PERMOHONAN BARU BINGKAS 2026
Rakyat Selangor atau yang menetap di Selangor yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh mula mengemukakan permohonan baru Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) mengikut tarikh berikut :
🗓️ Bermula 1 November 2025, Sabtu.
*Nota : Tarikh permohonan ditutup belum dinyatakan atau mungkin sehingga kuota penuh.
CARA PERMOHONAN BINGKAS 2026
Mudah sahaja untuk memohon Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) kerana ianya boleh kemukakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS. Ikuti panduan lengkap cara permohonan di bawah :
- Pergi ke Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN BINGKAS
Pemohon juga perlu menyertakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengukuhkan permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
RUJUKAN LANJUT
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih yang dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS dan dikongsikan untuk memudahkan orang awam yang membuat carian berkaitan ‘Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)’ yang terkini.
Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/.
- Laman Pertanyaan BINGKAS : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.