PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600)

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600)

Kelayakan penerima bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluaskan kepada semua kategori bermula tahun 2026, termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Bagaimanakah permohonan bantuan mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BILAKAH SEMAKAN STR 2026 : UNTUK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1

APA ITU BANTUAN MYKAD?

Bantuan MyKad ialah inisiatif kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas harian penerima.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :

  • Program lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR;
  • Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk setiap bulan bagi tempoh 12 bulan;
  • Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih/SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD

Syarat Kelayakan MyKad (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • SARA eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
  • SARA STR;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN MYKAD

Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :

  • SARA EKASIH
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM2,400RM200 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800RM150 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
  • SARA STR (Bukan eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUNKADAR BULANAN
Isi RumahRM1,200RM100 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)
BujangRM600RM50 Sebulan
(Januari – Disember 2026)

PERMOHONAN BANTUAN MYKAD

Kelayakan penerima bantuan MyKad (SARA) adalah secara automatik, di mana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan menerima bantuan tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Namun permohonan diperlukan sekiranya :

  • Belum mohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Tidak berdaftar Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar, sekiranya Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

PERMOHONAN BANTUAN STR 2026

Panduan lengkap permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

PENDAFTARAN EKASIH

Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment