PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Bantuan Lesen Percuma Kelas B2 atau diperkenalkan sebagai MyLesen B2 adalah merupakan satu inisiatif untuk memperkasa golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah.

Bagaimanakah permohonan Bantuan Lesen Percuma? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

OBJEKTIF BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

Antara objektif pemberian Bantuan Lesen Percuma adalah untuk :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motoksikal yang kompeten.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan Bantuan Lesen Percuma :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 sehingga 35 tahun;
  • Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian atau belia;
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
  • Sihat Fizikal dan Mental;
  • Tidak pernah memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun;
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.

PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025

Untuk menyertai Bantuan Lesen Percuma, permohonan boleh dibuat melalui pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap negeri seperti berikut :

  1. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  2. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

Leave a Comment