PERMOHONAN BANTUAN IPT SARAWAK RM1200 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA REGISTER ONLINE
Premier Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 termasuk menyenaraikan beberapa bentuk Bantuan Khas IPT Sarawak 2025 bagi pelajar daripada negeri Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS.
Bagaimanakah permohonan Bantuan IPT Sarawak? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BARANG MYKASIH : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Bantuan Kewangan Khas kepada 25,000 pelajar Sarawak dari keluarga kumpulan berpendapatan rendah (B40) khas untuk dibelanjakan bagi makanan dan barangan keperluan asas supaya dapat mengurangkan kos sara hidup.
Peruntukan belanjawan bagi Bantuan IPT Sarawak dibelanjakan sebanyak RM30 juta khas untuk pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan lulus permohonan sahaja.
SENARAI BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Terdapat empat (4) bantuan utama yang diumumkan dalam belanjawan 2025 melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS, iaitu :
- Bantuan Kewangan Khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).
- Pemberian Baucar Buku.
- Pemberian Komputer Riba Percuma.
- Bantuan kepada graduan Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN.
TARIKH MOHON BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Permohonan Bantuan IPT Sarawak yang pertama (1) dibuka bermula pada 1 Mei 2025 sehingga 1 Jun 2025 (tempoh permohonan satu bulan). Kemudian, permohonan kedua (2) akan dibuka pada bulan September 2025 kepada pelajar yang belum mendaftar atau yang bakal memulakan pengajian pada bulan September.
JUMLAH BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Bantuan IPT Sarawak akan disalurkan kepada pelajar yang layak sebanyak RM1,200 setahun sebagai bantuan wang saku. Sejumlah RM600 akan disalurkan setiap semester ke dalam akaun S Pay Global sepanjang tempoh pengajian.
Contoh, sekiranya tempoh pengajian adalah empat (4) tahun, bantuan akan diberikan selama empat (4) tahun. Namun, sekiranya pengajian hanya satu (1) semester, bantuan akan diberikan untuk satu (1) semester sahaja.
Namun begitu, pelajar yang terpaksa melanjutkan tempoh pengajian tidak akan meneirma bantuan lagi memandangkan pemberian bantuan adalah mengikut tempoh pengajian yang ditetapkan sahaja.
CARA BAYARAN BANTUAN IPT SARAWAK RM1200
Bantuan IPT Sarawak akan dibayar kepada semua pelajar Sarawak yang belajar di Semenanjung atau Sabah, bantuan dibayar melalui akaun S Pay Global. Yang mana aplikasi S Pay Global kini diintegrasikan dengan DuitNow QR dan pelajar boleh menggunakannya untuk pembelian di kedai-kedai yang menyediakan imbasan DuitNow QR.
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN IPT SARAWAK 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Bantuan IPT Sarawak :
- Pelajar Sarawak (Sekurang-kurangnya seorang ibu / bapa atau penjaga adalah warga Sarawak);
- Sedang mengikuti pengajian dalam Program Diploma dan Ijazah sahaja di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi;
- Pengajian sepenuh masa;
- Disokong dan disahkan oleh institusi.
PERMOHONAN BANTUAN IPT SARAWAK RM1200 2025
Ikuti panduan permohonan Bantuan IPT Sarawak seperti berikut :
- Daftar akaun Sarawak ID di : https://sarawakid.sarawak.gov.my/web/ssov1/login/ (bagi yang tiada akaun Sarawak ID).
- Buka akaun S Pay Global (Sila muat turun aplikasi sekiranya belum ada).
- Kemudian, layari laman web : https://myys.yayasansarawak.org.my.
- Klik pada butang [Login] di atas.
- Masukkan akaun Sarawak ID yang didaftarkan.
- Klik pada butang [Apply].
- Isi dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
- Muat turun surat pengesahan (dapatkan pengesahan daripada institusi).
- Seterusnya, muat naik semula surat yang telah disahkan dan ditandatangani.
- Sistem My-Yayasan akan menilai permohonan dan kelayakan pelajar.
- Klik butang [Submit] untuk menghantar permohonan bantuan.
- Selesai.
*Sekiranya pelajar disahkan ‘Layak’, kelayakan akan dimaklumkan melalui e-mel atau Pesanan Ringkas SMS atau pelajar boleh membuat semakan di portal rasmi : https://myys.yayasansarawak.org.my.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan IPT Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 08 244 1686
- Alamat e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://myys.yayasansarawak.org.my.