PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600)

PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600)

Kerajaan MADANI bakal meneruskan lagi pemberian Bantuan SARA yang akan dikreditkan dalam MyKad. Namun, nilai kredit lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. Oleh itu, bagi rakyat yang berkelayakan, sila isi permohonan segera untuk mendapatkan Bantuan Dalam MyKad sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara isi permohonan Bantuan Dalam MyKad? Rujuk panduan lengkap dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Berikut merupakan syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad untuk tahun 2026 :

  • Syarat & Kriteria Kelayakan Penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Kategori Penerima :
      • Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
    • Status Perkahwinan :
      • Isi Rumah – Berkahwin atau ibu / bapa tunggal.
      • Warga Emas – Balu / duda / janda.
      • Bujang – Belum berkahwin / balu / duda / janda.
    • Kadar Pendapatan :
      • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’.
    • Status Permohonan STR :
      • Lulus.
  • Syarat & Kriteria Kelayakan Penerima ‘Asas Bukan Miskin’ :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Kategori Penerima :
      • Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
    • Status Perkahwinan :
      • Isi Rumah – Berkahwin atau ibu / bapa tunggal.
      • Warga Emas – Balu / duda / janda.
      • Bujang – Belum berkahwin / balu / duda / janda.
    • Kadar Pendapatan :
      • Bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan.
    • Status Permohonan STR :
      • Lulus.

NILAI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Nilai Bantuan yang akan dikreditkan dalam MyKad adalah berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHNILAI KREDIT BANTUAN
DALAM MYKAD 2026
Isi Rumah Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM2,400 setahun
(RM200 x 12 bulan)
Isi Rumah Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)
  • Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASNILAI KREDIT BANTUAN
DALAM MYKAD 2026
Warga Emas Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM1,800 setahun
(RM150 x 12 bulan)
Warga Emas Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)
  • Bujang :
KELAYAKAN BUJANGNILAI KREDIT BANTUAN
DALAM MYKAD 2026
Bujang Status
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)
Bujang Status
‘Asas Bukan Miskin’
RM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)

PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Bantuan Dalam MyKad akan diberikan secara automatik kepada yang berjaya memohon STR. Bagi yang belum memohon, sila ikuti cara permohonan yang lengkap di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • *Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Untuk pengesahan permohonan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang dipaparkan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Penerima yang layak serta menerima kredit Bantuan SARA dalam MyKad, perlu menggunakannya untuk beli barangan keperluan asas daripada beberapa kategori produk yang diluluskan dan boleh beli di lebih 7,900 premis berdaftar.

Antara produk yang boleh dibeli dengan MyKad adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, sabun mandian, shampoo, lampin pakai buang, ubat-ubatan, pencuci lantai, pencuci pakaian, barangan persekolahan dan sebagainya.

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD

Mudah sahaja untuk menggunakan Bantua Dalam MyKad, sekiranya anda disahkan layak serta telah menerima kredit dalam MyKad, ikuti cara-cara guna di bawah :

  1. Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran guna MyKad (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan dalam MyKad.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Bayaran perlu menggunakan MyKad penerima dan jika melebihi baki dalam MyKad, penerima perlu membayar lebihan tersebut secara tunai.
  7. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.

INFO LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas berkaitan Bantuan SARA Dalam MyKad adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment