PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS 2026 : CARA REGISTER/DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
Sebagai tanda keperihatan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya yang berdepan dengan cabaran ekonomi semasa, Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diteruskan untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan terutama golongan berpendapatan sederhana.
Bagaimanakah permohonan bantuan bingkas 2026? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN BINGKAS 2026?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor dalam mendapatkan barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.
Program BINGKAS dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan RM300 Sebulan;
- Secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah;
- Kredit bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barang keperluan asas, secara bulanan seperti :
- Makanan Asas (Contoh : Beras / Mi dan Bihun / Roti / Telur / Biskut / Tepung / Minyak Masak);
- Sayur-sayuran dan Buah-buahan;
- Daging, Ayam, Ikan;
- Bahan Perasa (Contoh : Gula dan Garam / Rempah Ratus / Sos / Kicap);
- Produk Kebersihan (Contoh : Sabun Mandian / Ubat gigi);
- Produk Tenusu (Contoh : Susu Segar / Susu Tepung / Susu Pekat Manis);
- Barang Persekolahan dan Perihal Pendidikan;
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS 2026
Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2026 seperti berikut :
| TARIKH PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 1 Novermber 2025 (Sabtu) | Belum diumumkan |
PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS 2026
Cara permohonan BINGKAS secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
DOKUMEN LAMPIRAN PERMOHONAN BINGKAS
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Cara semakan status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN BINGKAS 2026
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
SENARAI KEDAI BERDAFTAR BINGKAS
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS untuk penerima menggunakan akaun e-Wallet Selangkah bagi mendapatkan barangan asas, termasuk pasar raya besar seperti :
- Lotus;
- 99 Speedmart.
Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/