PENGELUARAN WANG KWSP 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELUAR AKAUN 1 & 2 & 3

PENGELUARAN WANG KWSP 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELUAR AKAUN 1 & 2 & 3

Pada bila-bila masa sahaja ahli boleh membuat pengeluaran wang simpanan KWSP daripada Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 sekiranya ahli mencukupi syarat serta mendapat kelulusan daripada pihak KWSP dan terdapat lebih 15 jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP sekiranya ahli memerlukan.

Ketahui cara pengeluaran wang KWSP dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN DALAM IC RM200

PENGELUARAN WANG KWSP 2025

APA ITU KWSP?

KWSP adalah singkatan daripada ‘Kumpulan Wang Simpanan Pekerja’ yang merupakan sebuah institusi yang menguruskan simpanan persaraan bagi pekerja dalam sektor swasta dan persendirian di Malaysia.

Pihak KWSP telah menyediakan platform simpanan yang wajib bagi pekerja dan majikan yang mana caruman setiap bulan dikumpulkan dalam akaun pekerja melalui tiga (3) akaun, iaitu Persaraan, Sejahtera dan Fleksibel.

OBJEKTIF SIMPANAN WANG KWSP 2025

Antara objektif utama KWSP adalah untuk memastikan pekerja di Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi untuk kehidupan selepas bersara dan menyediakan pengeluaran sebahagian simpanan untuk keperluan seperti pendidikan, pembelian rumah dan rawatan kesihatan.

Pelbagai panduan dan rangka kerja telah dilancarkan oleh KWSP dengan objektifnya rakyat Malaysia dapat menguruskan simpanan hari tua dan perbelanjaan bulanan dengan baik untuk mencapai kelangsungan hidup dan kesejahteraan kewangan di hari tua.

PENSTRUKTURAN AKAUN KWSP 2025

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilakukan supaya dapat mengukuhkan jaminan pendapatan persaraan serta memenuhi keperluan kitaran hayat dan fleksibiliti kepada pekerja di Malaysia untuk mengurus simpanan, keperluan jangka pendek dan kecemasan yang memerlukan pengeluaran cepat.

Perubahan penstrukturan semula akaun KWSP menjadikan ianya terbahagi kepada tiga (3) akaun, iaitu :

BIL. AKAUNNAMA AKAUN
Akaun 1Persaraan
Akaun 2Sejahtera
Akaun 3Fleksibel

KADAR AGIHAN SIMPANAN WANG KWSP 2025

Setelah penstrukturan semula akaun KWSP, wang simpanan caruman pada setiap bulan akan diagihkan kepada tiga (3) akaun dengan kadar yang berbeza mengikut keperluan jangka panjang dan jangka pendek.

Berikut merupakan kadar agihan simpanan wang KWSP mengikut akaun :

  • Akaun 1 (Persaraan) :
    • 75% daripada simpanan dicarumkan dalam Akaun 1 untuk simpanan hari tua dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 55 tahun atau berlaku kecemasan mengikut kelulusan oleh KWSP.
  • Akaun 2 (Sejahtera) :
    • 15% daripada simpanan dicarumkan dalam Akaun 2 dan pengeluaran dibenarkan sebelum umur 55 tahun untuk tujuan pendidikan / pembelian rumah / rawatan perubatan / ibadah haji / sebagainya yang mengikut syarat dan diluluskan oleh KWSP.
  • Akaun 3 (Fleksibel) :
    • 10% daripada simpanan dicarumkan dalam Akaun 3 dan pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya berlaku kecemasan atau apabila memerlukan dengan kadar minimum RM50 tanpa syarat ketat oleh KWSP.

SIAPA LAYAK KELUARKAN WANG KWSP?

Hanya ahli yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja boleh membuat pengeluaran wang simpanan KWSP daripada Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3. Antara syarat-syarat kelayakan pengeluaran adalah seperti berikut :

  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
    • Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
    • Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
    • Mempunyai surat tawaran universiti / resit pembelian rumah / laporan perubatan / sebagainya;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
    • Belum mencapai umur 55 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
    • Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.

*Serta memenuhi syarat-syarat dan kelulusan oleh pihak KWSP dari semasa ke semasa.

JENIS PENGELUARAN WANG KWSP 2025

Terdapat enam (6) jenis pengeluaran wang simpanan KWSP yang boleh dipilih oleh ahli yang cukup serta memenuhi syarat kelayakan oleh pihak KWSP. Berikut merupakan jenis pengeluaran KWSP :

BIL.JENIS PENGELUARAN KWSP
1.Pengeluaran penuh / semua
2.Pengeluaran sebahagian
3.Pengeluaran bayaran bulanan
4.Kombinasi pengeluaran sebahagian dan
bayaran bulanan
5.Bayaran dividen tahunan secara
automatik
6.Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak membuat pengeluaran wang KWSP, ikuti cara semakan status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
  2. Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
  3. Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
  4. Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
  5. Status kelayakan pengeluaran ahli akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PENGELUARAN WANG KWSP 2025

Setelah mengetahui syarat dan status kelayakan pengeluaran, ahli boleh membuat pengeluaran di kaunter cawangan KWSP atau pengeluaran secara online seperti panduan di bawah :

Pengeluaran KWSP Akaun 1
  1. Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
  2. Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
  3. Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
  5. Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
  6. Selesai.
Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2
  • Pembelian Rumah :
    • Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
      1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.
      2. Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
      3. Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
      4. Selesai.
  • Pendidikan :
    • Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
      2. Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
      3. Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
      4. Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
        • Surat tawaran pengajian; dan
        • Resit bayaran yuran.
      5. Selesai.
  • Kesihatan :
    • Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. Log Masuk padai-Akaun KWSP.
      2. Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
      3. Muat naik dokumen seperti :
        • Laporan perubatan; dan
        • Bil rawatan.
      4. Selesai.
  • Umur 50 tahun :
    • Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
      1. kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
      2. Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
      3. Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
      4. Sertakan bersama salinan IC.
      5. Selesai.
Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3
  1. Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP

Berikut merupakan soalan lazim (faq) yang menjadi tanda tanya berkaitan pengeluaran wang simpanan KWSP :

  1. Adakah proses pengeluaran wang KWSP mengambil masa yang lama?
    • Tempoh proses pengeluaran KWSP biasanya akan mengambil masa antara 1 hingga ke 10 hari bekerja.
  2. Bagaimanakah kaedah bayaran pengeluaran wang KWSP?
    • Wang pengeluaran KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli (mengikut nombor dan jenis akaun yang didaftarkan semasa permohonan pengeluaran).
  3. Berapakah jumlah wang yang boleh dikeluarkan dari akaun KWSP?
    • Ianya bergantung kepada jumlah wang yang ada dalam akaun anda.
  4. Bolehkah kemukakan permohonan pengeluaran KWSP di kaunter atau kiosk KWSP terdekat?
    • Ya, ahli boleh memohon pengeluaran KWSP di kaunter atau kiosk KWSP terdekat.
  5. Adakah ahli bukan Warganegara Malaysia juga boleh buat pengeluaran wang KWSP dari Akaun 3 (Fleksibel)?
    • Ya boleh. Ianya terbuka kepada semua ahli yang belum mencapai umur 55 tahun. Namun ahli bukan Warganegara Malaysia perlu ke kaunter KWSP untuk pengeluaran wang simpanan Akaun 3.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya kongsikan maklumat dengan rujukan daripada Portal Rasmi KWSP. Namun, sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Pengeluaran KWSP, sila kunjungi pejabat KWSP terdekat atau rujuk pihak KWSP seperti berikut :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
    • (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment