PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 MINIMUM)

PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 MINIMUM)

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menambah satu (1) lagi jenis akaun simpanan yang membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran setiap masa / pada bila-bila masa bagi tujuan tertentu dengan kadar minimum sebanyak RM50 sekali pengeluaran.

Bagaimanakah cara check status dan pengeluaran KWSP setiap masa? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARAWAK – SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)

APA ITU PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA?

Akaun KWSP yang menyediakan pengeluaran setiap masa adalah merupakan Akaun Fleksibel iaitu Akaun Tiga (3) yang dapat memudahkan ahli untuk mengakses simpanan pada bila-bila masa bagi keperluan kecemasan atau keperluan dengan kadar segera.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA

Namun, untuk pengeluaran wang simpanan KWSP setiap masa ini hanya diluluskan kepada ahli yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN AHLI
WarganegaraWarganegara Malaysia
atau
Bukan Warganegara
Had UmurBelum mencapai umur
55 tahun
Status SimpananMempunyai simpanan
dalam Akaun Fleksibel
Kadar PengeluaranPengeluaran
sekurang-kurangnya
RM50
untuk setiap transaksi
pengeluaran

HAD PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026

Setiap ahli sama ada Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara ditetapkan had pengeluaran KWSP setiap masa seperti berikut :

WARGANEGARAHAD MINIMUMHAD MAKSIMUM
Warganegara
Malaysia
RM50
(melalui i-Akaun
tanpa perlu
hadir ke
pejabat KWSP)
RM3,000
hingga
RM30,000
atau lebih
(perlu hadir ke
pejabat KWSP)
Bukan
Warganegara
RM50
(perlu hadir ke
pejabat KWSP)
RM3,000
hingga
RM30,000
atau lebih
(perlu hadir ke
pejabat KWSP)
*Pengeluaran hendaklah mencukupi dengan baki simpanan yang ada dalam akaun 3 (Fleksibel).

KAEDAH BAYARAN KWSP SETIAP MASA 2026

Bayaran bagi pengeluaran KWSP dari Akaun 3 (Fleksibel) adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli yang lulus permohonan dan akaun bank mestilah didaftarkan atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bank bersama / syarikat atau atas nama orang lain.

*Bagi ahli yang tidak mempunyai akaun bank hendaklah membuka akaun bank sebelum membuat permohonan pengeluaran.

PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026

Ahli yang berkelayakan serta ingin membuat pengeluaran KWSP dari akaun 3 (Fleksibel) setiap masa, boleh buat pengeluaran melalui tiga (3) saluran, iaitu :

  • Aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Laman Web Rasmi KWSP; atau
  • Pejabat KWSP terdekat.

Bagi yang ingin membuat pengeluaran secara atas talian dengan jumlah di bawah RM3,000, ikuti cara pengeluaran di bawah :

  1. Layari laman web rasmi KWSP https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login atau buka apliksi KWSP i-Akaun dalam telefon pintar anda.
  2. Log Masuk i-Akaun sedia ada anda.
  3. Pergi ke bahagian [Pengeluaran].
  4. Klik pada butang [Fleksibel].
  5. Masukkan Kata Laluan anda.
  6. Klik pada butang [Teruskan].
  7. Layarkan skrin ke bawah dan klik [Keluarkan Simpanan].
  8. Terus klik pada butang [Ok].
  9. Masukkan jumlah amaun yang anda ingin keluarkan (minimum RM50).
  10. Klik pada butang [Teruskan].
  11. Pilih akaun bank anda (pastikan atas nama sendiri).
  12. Klik pada butang [Hantar].
  13. Permohonan pengeluaran akan diproses oleh KWSP.
  14. Selesai.

*Jika diluluskan, wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa tiga (3) ke tujuh (7) hari bekerja.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Pengeluaran KWSP, sila rujuk pihak berwajib KWSP melalui talian atau laman web rasmi seperti yang tertera di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
    • (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment