PENGELUARAN KWSP ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

PENGELUARAN KWSP ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

Mana-mana ahli yang mempunyai simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran daripada akaun 1, 2 dan 3 secara atas talian (online) sahaja sekiranya berkelayakan.

Bagaimanakah pengeluaran KWSP secara online? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP BILA BILA MASA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM50 PALING KURANG)

SENARAI AKAUN SIMPANAN KWSP 2025

Terdapat tiga (3) jenis akaun simpanan KWSP, iaitu :

JENIS AKAUNPERATUSAN
SIMPANAN
(%)
KETERANGAN
Akaun Persaraan
(1)
75%Bagi menjamin sumber
pendapatan selepas bersara.
Akaun Sejahtera
(2)
15%Bagi memenuhi keperluan
kehidupan dan nikmati kualiti
pra-persaraan yang selesa.
Akaun Fleksibel
(3)
10%Untuk keperluan kewangan
jangka masa pendek
dan kecemasan.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan ahli untuk membuat pengeluaran wang simpanan KWSP daripada akaun 1, 2 dan 3 :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara; serta memenuhi kelayakan berikut :
  1. Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
    • Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
  2. Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
    • Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
  3. Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
    • Belum mencapai umur 55 tahun;
    • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
    • Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 2025

Untuk pengeluaran wang simpanan KWSP daripada akaun 1, ahli boleh membuat pengeluaran secara manual di kaunter cawangan KWSP atau online seperti berikut :

  1. Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
  2. Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
  3. Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
  5. Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
  6. Selesai.

CARA-CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 ONLINE 2025

Terdapat beberapa jenis pengeluaran wang simpanan daripada akaun 2 seperti berikut :

  • Pembelian Rumah :
    • Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.
  2. Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
  3. Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Selesai.
  • Pendidikan :
    • Bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
  1. Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
  2. Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
  3. Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
  4. Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
    • Surat tawaran pengajian; dan
    • Resit bayaran yuran.
  5. Selesai.
  • Kesihatan :
    • Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
  1. Log Masuk padai-Akaun KWSP.
  2. Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
  3. Muat naik dokumen seperti :
    • Laporan perubatan; dan
    • Bil rawatan.
  4. Selesai.
  • Umur 50 tahun :
    • Anda boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
  1. kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
  2. Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
  3. Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
  4. Sertakan bersama salinan IC.
  5. Selesai.
  • i-Sayang & i-Lindung :
    • Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
  • Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 ONLINE 2025

Wang simpanan KWSP daripada akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa secara online sahaja mengikut panduan cara pengeluaran berikut :

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

*NOTA : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/en/.

2 thoughts on “PENGELUARAN KWSP ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3”

Leave a Comment