PENGELUARAN DUIT KWSP 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Permohonan pengeluaran duit simpanan KWSP dibuka pada bila-bila masa sahaja kepada ahli pencarum yang memenuhi terma dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak KWSP dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2025 ini.
Ketahui cara pengeluaran duit KWSP, syarat kelayakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : APAKAH SENARAI BARANGAN MYKASIH : CHECK LIST ITEM YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA

APA ITU KWSP?
KWSP ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab mengurukan simpanan persaraan bagi pekerja dalam sektor swasta dan persendirian di Malaysia.
Pihak KWSP menyediakan platform simpanan wajib yang mana caruman dilakukan secara berkala pada setiap bulan oleh pekerja dan majikan disimpan dalam tiga (3) akaun, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
TUJUAN SIMPANAN DUIT KWSP
Antara tujuan utama simpanan KWSP adalah untuk memastikan pekerja mendapat simpanan yang mencukupi selepas hari persaraan dan juga dapat keluarkan sebahagian simpanan untuk keperluan seperti pendidikan, beli rumah, rawatan kesihatan dan sebagainya.
Pelbagai panduan disediakan oleh pihak KWSP untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan perbelanjaan bulanan dan simpanan persaraan yang lebih baik di masa akan datang bagi setiap akaun pencarum.
STRUKTUR AKAUN DUIT KWSP 2025
Pihak KWSP telah menstruktur semula akaun KWSP setiap ahli supaya dapat mengukuhkan jaminan pendapatan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli. Disamping, ianya untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada ahli untuk mengurus simpanan persaraan, keperluan jangka pendek dan kecemasan.
Penstrukturan semula akaun dibahagikan kepada tiga (3) akaun, iaitu :
JENIS AKAUN | NAMA SIMPANAN | KADAR CARUMAN |
---|---|---|
Akaun 1 | Persaraan | 75% |
Akaun 2 | Sejahtera | 15% |
Akaun 3 | Fleksibel | 10% |
Pengenalan Akaun KWSP 2025
- Akaun Persaraan (1) :
- 75% daripada caruman bulanan disimpan dalam akaun 1 dan pengeluaran hanya dibenarkan sekiranya ahli mencapai umur 55 tahun atau keperluan kecemasan (tertakluk kelulusan KWSP).
- Akaun Sejahtera (2) :
- 15% daripada caruman bulanan disimpan dalam akaun 2 dan pengeluaran dibenarkan khusus untuk pendidikan, pembelian rumah dan rawatan perubatan (tertakluk syarat KWSP).
- Akaun Fleksibel (3) :
- 10% daripada caruman bulanan disimpan dalam akaun 3 dan ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sekiranya baki akaun mengcukupi (minimum RM50) tanpa syarat lain.
APAKAH SYARAT PENGELUARAN?
Hanya ahli yang memenuhi syarat-syarat khas KWSP sahaja boleh buat pengeluaran daripada akaun 1, 2 dan 3. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pengeluaran KWSP :
- Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 1 :
- Ahli mencapai umur 55 tahun; atau
- Kehilangan upaya sebelum umur 55 tahun.
- Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 2 :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai surat tawaran universiti / resit pembelian rumah / laporan perubatan; serta
- Memenuhi syarat-syarat pengeluaran lain.
- Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 3 :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan minimum RM50 dalam akaun Fleksibel.
JENIS PENGELUARAN DUIT KWSP
Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang boleh dipilih oleh ahli. Antaranya ialah seperti berikut :
- Pengeluaran penuh;
- Pengeluaran sebahagian;
- Pengeluaran bayaran bulanan;
- Kombinasi pengeluaran sebahagian dan bayaran bulanan;
- Bayaran dividen tahunan secara automatik;
- Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik.
CARA PENGELUARAN DUIT KWSP 2025
Ahli boleh memohon pengeluaran duit KWSP secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter atau kiosk KWSP terdekat, atau boleh juga membuat pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP sepertu berikut :
- Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dalam telefon bimbit anda; atau
- Layari laman web i-Akaun di sini : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
- Pilih menu [Pengeluaran]
- Seterusnya, klik butang [Keluarkan simpanan anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Kemudian, klik butang [Keluarkan Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran yang diperlukan dan klik [Teruskan].
- Masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
- Klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, klik butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
- Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS nombor telefon anda.
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP
Antara soalan-soalan lazim berkaitan pengeluaran KWSP adalah seperti berikut :
- Berapa lamakah proses pengeluaran KWSP?
- Tempoh proses pengeluaran KWSP lazimnya mengambil masa antara 1 hingga ke 10 hari bekerja.
- Bagaimanakah penerimaan bayaran duit KWSP?
- Duit pengeluaran KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli (mengikut nombor dan jenis akaun yang didaftarkan semasa permohonan pengeluaran).
- Berapakah jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun KWSP?
- Ianya bergantung kepada jumlah duit yang ada dalam akaun anda.
- Bolehkah buat permohonan pengeluaran KWSP di kaunter atau kiosk KWSP terdekat?
- Ya ahli boleh memohon pengeluaran KWSP di kaunter atau kiosk KWSP terdekat.
- Adakah ahli bukan Warganegara Malaysia juga boleh buat pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel)?
- Ya boleh. Ianya terbuka kepada semua ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.
INFO LANJUT
Artikel ini dihuraikan berdasarkan maklumat daripada Laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Pengeluaran KWSP, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
- (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.