PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025 : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON ONLINE SEKARANG

PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025 : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON ONLINE SEKARANG

Keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah. Oleh itu, kerajaan mewujudkan pemberian Bantuan Lesen Memandu Percuma menerusi Bantuan MyLesen B2 kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Bagaimanakah pendaftaran Lesen Percuma? Ikuti panduan di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA : REGISTER ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

TUJUAN PEMBERIAN LESEN PERCUMA 2025

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

INFO TAMBAHAN LESEN PERCUMA 2025

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

SYARAT PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
  2. Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  4. Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  5. Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

1 thought on “PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2025 : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON ONLINE SEKARANG”

  1. Saya berumur 42tahun,bakal mendirikan rumah tangga september ni…boleh ke saya memohon lesen memandu kereta percuma?..semoga ianya dapat meringankan beban kewangan saya memulakan kehidupan…

    Reply

Leave a Comment