PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE 2025 : REGISTER PERMOHONAN SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE 2025 : REGISTER PERMOHONAN SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)

Yuran dan kos fi latihan bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah adalah dalam harga yang agak berpatutan. Namun, terdapat segelintir rakyat terutamanya golongan belia dan dari keluarga yang berpendapatan rendah yang kurang mampu untuk membayarnya. Oleh itu, program Bantuan Lesen Memandu Percuma disediakan.

Bagaimanakah pendaftaran Lesen Memandu Percuma secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN STR FASA 3 BILA MASUK TERBARU

JENIS LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Berikut merupakan jenis Lesen Memandu yang ditawarkan secara percuma :

KELAS LESENJENIS LESEN
Kelas B2Lesen Memandu Motosikal

SYARAT PENDAFTAR LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

Sebelum memohon, permohon / peserta perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

PANDUAN PENDAFTARAN LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE 2025

  • Borang Lesen Memandu Percuma :
  1. [Muat Turun / Download] borang Lesen Memandu Percuma di atas.
  2. Kemudian, klik [Cetak] untuk keluarkan borang tersebut.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang dengan lengkap.
  4. Sertakan bersama dokumen sokongan seperti :
    • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang);
    • Keputusan Saringan Kesihatan; dan
    • Gambar berukuran Passport.
  5. Seterusnya, pilih Pusat Latihan Memandu yang terdekat untuk menjalani Latihan Praktikal.
  6. Hantar borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokong ke Pusat Latihan Memandu yang dipilih.
  7. Selesai.

*NOTA : Pendaftaran dibuka bergantung kepada Pusat Latihan Memandu dan kuota peserta sahaja. Sekiranya pendaftaran berjaya, peserta perlu hadir mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh JPJ supaya pendaftaran tidak terbatal.

MAKLUMAT LANJUT LESEN MEMANDU PERCUMA 2025

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.

Leave a Comment