PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN

PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan dan disalurkan pada setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2026 melalui pengkreditan ke dalam MyKad yang layak. Selain itu juga, bayaran secara one-off akan turut diberikan pertengahan Februari 2026 kepada 22 juta rakyat tanpa mengira kadar pendapatan.

Bagaimanakah cara pendaftaran Bantuan MyKad 2026? Sila rujuk panduan lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN STR : 2026 SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

JUMLAH BANTUAN MYKAD 2026

Setiap kategori akan menerima Bantuan dalam MyKad pada setiap bulan dengan jumlah bermula RM50 sehingga RM200 sebulan dan sehingga jumlah terkumpul setahun sebanyak berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BANTUAN
MYKAD 2026
Isi Rumah Miskin
& Miskin Tegar
RM2,400 setahun
Isi Rumah Asas
Bukan Miskin
RM1,200 setahun
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH BANTUAN
MYKAD 2026
Warga Emas Miskin
& Miskin Tegar
RM1,200 setahun
(anggaran)
Warga Emas Asas
Bukan Miskin
RM600 setahun
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BANTUAN
MYKAD 2026
Bujang Miskin
& Miskin Tegar
RM600 setahun
Bujang Asas
Bukan Miskin
RM600 setahun

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2026

Pengkreditan Bantuan dalam MyKad adalah secara ansur setiap bulan bagi membantu penerima membuat pembelian barangan keperluan asas. Berikut merupakan jadual pengkreditan pada tahun 2026 :

BIL.TARIKH KREDIT
1.Januari 2026
2.Februari 2026
3.Mac 2026
4.April 2026
5.Mei 2026
6.Jun 2026
7.Julai 2026
8.Ogos 2026
9.September 2026
10.Oktober 2026
11.November 2026
12.Disember 2026
*Tarikh pengkreditan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

CARA PENDAFTARAN BANTUAN MYKAD 2026

Bagi rakyat yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa (PGK), boleh mendaftar eKasih dan sekiranya ‘Lulus’ penerima akan secara automatik menerima Bantuan MyKad setiap bulan. Ikuti cara pendaftaran seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

CARA PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan dalam MyKad secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu, bagi yang belum memohon Bantuan STR, sila buat permohonan segera seperti panduan di bawah :

  1. Layari Laman Permohonan Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang. (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  9. Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
  10. Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  11. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  12. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  13. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
    • Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  14. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  15. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  16. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  17. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  18. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  19. Selesai.

SOALAN LAZIM BANTUAN MYKAD

  1. Apakah kegunaan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad?
    • Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
  2. Dimanakah boleh guna Bantuan MyKad untuk tahun 2026?
    • Terdapat lebih 7,300 premis (kedai runcit, pasar raya dan pasar mini) yang berdaftar menerima penggunaan Bantuan MyKad.
  3. Adakah penerima STR akan secara automatik menerima Bantuan SARA?
    • Ya, semua penerima STR akan secara automatik layak untuk menerima Bantuan SARA pada tahun 2026.
  4. Bolehkah Bantuan SARA dalam MyKad dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh, penerima hanya perlu menggunakannya untuk pembelian secara tanpa tunai sahaja.
  5. Bagaimanakah sekiranya penerima tidak menghabiskan baki Bantuan Dalam MyKad?
    • Baki yang tidak dihabiskan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2026 sahaja.

INFO LANJUT BANTUAN MYKAD

Segala informasi yang kami kongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan MyKad, sila rujuk pihak di bawah :

Leave a Comment