PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 (2025 BANTUAN)
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bakal dilaksanakan dalam masa terdekat kepada rakyat Malaysia yang layak dan memenuhi syarat kelayakan bantuan termasuk kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bilakah pembayaran str fasa 4 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM2100 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK

SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR PEMBAYARAN MAKSIMUM
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga emas tiada pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
JUMLAH PEMBAYARAN STR MENGIKUT FASA & KATEGORI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut Fasa dan Kategori Kelayakan penerima adalah seperti berikut:
- Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada Anak | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
Anak 1 hingga 2 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
Anak 3 hingga 4 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
Anak 5 ke atas | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada Anak | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
Anak 1 hingga 2 | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
Anak 3 hingga 4 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
Anak 5 ke atas | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 |
- Bujang
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
JADUAL PEMBAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
PEMBAYARAN STR
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KEADAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
‘Tiada Akaun Bank’ atau Status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan |
PORTAL RASMI STR
Saluran Rasmi STR untuk Permohonan, Semakan Status dan Bayaran, dan Pengemaskinian Maklumat STR 2025 adalah seperti berikut :
PORTAL RASMI STR | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
TARIKH AKHIR PERMOHONAN & KEMAS KINI STR FASA 4
Tarikh tutup permohonan baharu serta kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2025 adalah pada 30 September 2025, jam 5.00 petang.
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut
- Bilakah tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4 2025?
- Pembayaran STR Fasa 4 dijangka akan dilaksanakan pada November 2025. Namun, tarikh rasmi belum diumumkan.
- Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada bayaran STR telah dikreditkan?
- Anda boleh membuat semakan status bayaran STR secara atas talian melalui Portal Rasmi MySTR.
- Adakah penerima STR turut mendapat SARA?
- Ya, penerima STR yang layak akan menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan).
- Jika saya tidak mempunyai akaun bank, di mana boleh saya tuntut bayaran STR?
- Bayaran STR boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dengan hanya membawa MyKad untuk tujuan pengesahan.
- Adakah STR 2025 perlu dibuat permohonan baharu setiap tahun?
- Tidak, permohonan STR hanya perlu dibuat sekali sahaja. Namun, kemas kini maklumat perlu dilakukan sekiranya penerima tidak membuat kemas kini selama tiga (3) tahun berturut-turut, atau berlaku perubahan maklumat peribadi.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]