PEMBAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH
Bulan November kini telah tiba membolehkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan turut menerima pengkreditan bantuan melalui MyKad bagi menyokong perbelanjaan barang keperluan bulan tersebut.
Bagaimanakah semakan pembayaran sara dalam mykad fasa november 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN SARA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RAHMAH DALAM MYKAD
INFO PENTING SARA 2025
Maklumat penting mengenai pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, adalah seperti berikut :
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas.
- Baki Kredit SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya.
- Tempoh SAH Program SARA 2025 adalah sehingga 31 Disember 2025.
- Kredit SARA hanya boleh digunakan di kedai berdaftar.
- Hanya barangan yang diluluskan sahaja boleh dibelanjakan menggunakan kredit SARA.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
PEMBAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulan Novermber 2025, adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN SARA (NOVEMBER 2025) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | RM50 |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN SARA (NOVEMBER 2025) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 |
| Bujang | – |
SEMAKAN PEMBAYARAN SARA DALAM MYKAD
Status Bayaran dan Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, boleh disemak secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
KEGUNAAN SARA DALAM MYKAD
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.
CARA GUNA SARA DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI KEDAI LULUS PEMBAYARAN SARA DALAM MYKAD
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Bagaimana cara semak baki bantuan dalam MyKad?
- Anda boleh menyemak baki di Portal SARA, atau di kaunter kedai berdaftar MyKasih semasa membuat pembayaran.
- Bolehkah bantuan dalam MyKad dikeluarkan sebagai wang tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih dengan menggunakan MyKad.
- Apakah kedai yang menerima pembayaran menggunakan MyKad?
- Lebih 7,300 premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
- Bagaimana jika baki bantuan tidak digunakan sebelum tarikh luput?
- Baki yang tidak dibelanjakan akan luput secara automatik dan tidak boleh dituntut semula.
- Adakah boleh guna SARA selain barang berdaftar?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]