PEMBAYARAN FASA 4 STR (2025 BANTUAN)
Sempena sambutan Hari Perayaan Deepavali, Kerajaan akan memawalkan pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 kepada hampir 9 juta penerima sedia ada dan penerima baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.
Bagaimanakah semakan pembayaran Fasa 4 STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 : PERMOHONAN, SEMAKAN STATUS, TARIKH & JUMLAH BAYARAN
CARA PEMBAYARAN STR
Dua (2) cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disediakan seperti berikut :
- Pembayaran Secara Tunai Di Kaunter Bank :
- Penerima yang tiada akaun bank atau status gagal kredit perlu menuntut bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
- Pembayaran Terus Ke Dalam Akaun Bank :
- Penerima yang ada akaun bank perlu menunggu bayaran STR dimasukkan ke dalam akaun bank melalui sistem IBG Fund Transfer.
MASA PEMBAYARAN STR
Berikut merupakan masa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
TARIKH PEMBAYARAN FASA 4 STR
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026, Bantuan Sumbanga Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibayar kepada 9 juta penerima pada tarikh berikut :
- Bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) dan berperingkat.
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4
Setiap kategori akan menerima jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 yang berbeza seperti beriku :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM200 1 – 2 : RM350 3 – 4 : RM500 5 ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM100 1 – 2 : RM200 3 – 4 : RM250 5 ke atas : RM350 |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAKAN STATUS STR FASA 4
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila klik pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk membantu memudahkan carian orang ramai berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pihak STR seperti berikut :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]