PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA

PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025 : CEK SENARAI NAMA PENERIMA

Mengikut pembentang Belanjawan 2025, kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM13 billion untuk disalurkan melalui Bantuan Tunai Rahmah khas kepada 60% rakyat dewasa di Malaysi yang berpendapatan rendah dan sederhana serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah cek senarai nama penerima bayaran bantuan tunai rahmah fasa 1? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA SARA MYKASIH (RM100 & RM50 SETIAP BULAN) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025

Kerajaan akan membayar Bantuan Tunai Rahmah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa keseluruhan, yang mana fasa satu (1) dianggarkan akan dibayar pada bulan Januari 2025 atau bulan Februari 2025 (tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa).

PERKARATARIKH
Bayaran Bantuan Tunai Rahmah
Fasa 1 2025
** Januari / ** Februari 2025
*Pihak Kerajaan akan mengumumkan tarikh rasmi bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (1) dalam masa terdekat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025

Warganegara Malaysia yang ingin menerima Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (1) perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • ISI RUMAH :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak);
    • Bekerja di Malaysia dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
  • WARGA EMAS :
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bekerja di Malaysia dengan pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • BUJANG :
    • Belum berkahwin; atau
    • Balu / janda / duda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Bekerja di Malaysia dengan pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

*Bagi yang telah mengemaskini permohonan atau membuat permohonan baharu atau rayuan sebelum pada 31 November 2024 sahaja akan menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (1).

PANDUAN CEK NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025

Untuk mengetahui nama anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa satu (1), sila ikuti panduan cara cek status berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status penerima bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa (1) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah B40 :
      • 0 anak : RM250.
      • 1-2 anak : RM350.
      • 3-4 anak : RM500.
      • 5 ke atas : RM600.
    • Isi Rumah M40 :
      • 0 anak : RM100.
      • 1-2 anak : RM150.
      • 3-4 anak : RM250.
      • 5 ke atas : RM300.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang 21 hingga 59 tahun :
      • RM150.
    • Bujang 60 tahun dan ke atas :
      • RM150.

*Bagaimanapun jumlah di atas hanyalah anggaran sahaja. Setiap penerima perlu membuat semakan jumlah yang akan diterima pada fasa satu (1).

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment