MYSTR TAMBAHAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA 2026 & PANDUAN LENGKAP CARA MEMOHON
Secara automatik Bantuan Tambahan akan diberikan kepada semua penerima yang berjaya memohon dan lulus permohonan Bantuan MySTR. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 9 juta rakyat daripada golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan & cara memohon MySTR Tambahan? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BANJIR JKM 2025 : SEMAK SYARAT KELAYAKAN PEMOHON & CARA MEMOHON
APA ITU MYSTR TAMBAHAN?
Bantuan MySTR Tambahan adalah merupakan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) khas diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat
Namun, Bantuan Tambahan ini dibayar dengan kaedah yang lain iaitu bayaran secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan penerima dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas setiap bulan.
KADAR BANTUAN MYSTR TAMBAHAN
- Bayaran kepada penerima MySTR yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih :
- Yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih adalah merujuk kepada mereka yang berpendapatan bawah garis kemiskinan semasa (PGK).
| KATEGORI | KADAR BANTUAN MYSTR | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM600 | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Bujang | – | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
- Bayaran kepada penerima MySTR asas yang tiada dalam rekod data e-Kasih :
- Penerima asas adalah merujuk kepada mereka yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000.
| KATEGORI | KADAR BANTUAN MYSTR | KADAR TAMBAHAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM600 | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang | – | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYSTR
Bagi individu yang telah kemukakan permohonan MySTR serta telah mendaftar akaun yang baharu, boleh terus ke pautan log masuk MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login dan ikuti panduan lengkap cara semak di bawah :
- Anda akan dipaparkan ke bahagian log masuk MySTR.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa – dan tanpa jarak.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan nama pemohon.
- Jika ianya betul, sila klik pada butang [Ya].
- Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang telah dicipta.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Dashboard / Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima MySTR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MEMOHON MYSTR TAMBAHAN
Bantuan Tambahan akan diberikan secara automatik kepada pemohon MySTR yang berjaya lulus. Oleh itu, untuk menerima Bantuan Tambahan, anda perlu kemukakan permohonan MySTR secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Terus klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Seterusnya, klik pada butang [Ya, Teruskan] untuk meneruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Isikan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang [Semak].
- Maklumat seperti : Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- *Jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan betul.
- Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Setelah mengisi semua maklumat, sila klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
*Perlu diingatkan bahawa permohonan untuk penerimaan Fasa 1 2026 dibuka sehingga 28 November 2025 sahaja.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]