TARIKH MYSTR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH MYSTR FASA 4 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Inisiatif Bantuan mySTR bakal dilaksanakan untuk bayaran fasa yang keempat (4) pada tahun ini kepada seramai hampir 9 juta rakyat yang telah berjaya memohon dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Ikuti cara semakan status, tarikh bayaran, cara penerimaan dan kadar bayaran MySTR Fasa 4 di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN IC RM200 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU MYSTR?

MySTR adalah Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan sebagai Bantuan Kewangan yang diperuntukan pada setiap belanjawan dan untuk tahun 2025, Kerajaan menaikkan kadar peruntukan sehingga RM13 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat yang layak.

Bantuan MySTR dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan ianya telah selesai dibayar untuk fasa satu (1), dua (2) dan tiga (3). Kini, bayaran untuk fasa keempat (4) akan dilaksanakan tidak lama lagi

MYSTR FASA 4

KRITERIA PENERIMA MYSTR

Penerima yang layak menerima Bantuan MySTR adalah mereka yang menepati kriteria kelayakan berikut :

  • Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (ada atau tiada anak);
    • Ibu atau bapa tunggal / balu / duda / janda (ada anak menepati syarat);
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Ibu atau bapa tunggal / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / Bujang OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan.

CARA PENERIMAAN MYSTR 2025

Bagi memudahkan rakyat untuk menerima bayaran Bantuan MySTR, Kerajaan menyediakan dua (2) cara penerimaan seperti berikut :

  1. Penerimaan secara tunai :
    • Bantuan MySTR akan dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat yang bersesuaian kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank, penerima pedalaman Sabah dan Sarawak dan penerima status ‘Gagal Kredit’.
  2. Penerima melalui akaun bank :
    • Bantuan MySTR akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan (megikut nombor akaun yang didaftarkan) melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’.

KADAR BANTUAN MYSTR FASA 4 2025

Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan MySTR Fasa 4 yang akan dibayar mengikut kategori penerima :

  • Isi Rumah B40 :
JUMLAH ANAKKADAR BANTUAN
Tiada anakRM200
1 – 2 orang anakRM350
3 – 4 orang anakRM500
5 orang dan ke atasRM700
  • Isi Rumah M40 :
JUMLAH ANAKKADAR BANTUAN
Tiada anakRM100
1 – 2 orang anakRM200
3 – 4 orang anakRM250
5 orang dan ke atasRM350
  • Warga Emas :
KADAR BANTUAN MYSTR FASA 4
RM150
  • Bujang :
KADAR BANTUAN MYSTR FASA 4
RM150

TARIKH MYSTR FASA 4 2025

Bayaran Bantuan MySTR dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa 1, 2, 3 dan 4 mengikut pada tarikh-tarikh berikut :

PELAKSANAAN FASATARIKH BAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
hingga
28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
hingga
27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
hingga
21 Ogos 2025
Fasa 4November 2025
*Nota : Tarikh bayaran Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut pengumuman daripada Kementerian Kewangan (MOF) secara rasmi nanti.

CARA SEMAK KELAYAKAN MYSTR FASA 4

Untuk ketahui status kelayakan, anda boleh buat semakan status di laman rasmi MySTR seperti panduan berikut :

  1. Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM MYSTR

  1. Adakah permohonan MySTR masih dibuka?
    • Permohonan MySTR Fasa 4 dibuka sehingga 30 September 2025 sahaja.
  2. Adakah individu bujang terima bayaran mySTR secara tunai di kaunter BSN?
    • Pembayaran Bantuan mySTR dilaksanakan bergantung kepada penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tidak.
  3. Bilakah tarikh bayaran MySTR Fasa 4?
    • Bayaran MySTR Fasa 4 dijangka pada November namun tarikh masih belum diketahui.
  4. Bolehkah pemohon baharu terima bayaran mySTR Fasa 4?
    • Sekiranya pemohon baharu tersebut berstatus ‘Lulus’ mereka akan terima bayaran Fasa 4.
  5. Bolehkah penerima yang mempunyai akaun bank mengambil wang MySTR di kaunter BSN?
    • Penerima yang ada akaun dan mendaftarkan nombor akaun perlu menunggu wang MySTR dimasukkan dalam akaun.

INFO LANJUT

Segala informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment