MYSARA SEMAKAN ONLINE SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN 2025)
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 kini memasuki pembayaran Bulan September kepada penerima yang layak untuk dibelanjakan bagi memenuhi keperluan asas bulanan penerima.
Bagaimanakah semakan mysara online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK TARIKH STR FASA 4 2025

SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN JUMLAH & TARIKH BAYARAN MYSARA
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
APA YANG BOLEH DIBELI DENGAN MYSARA?
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
DIMANA BOLEH GUNA MYSARA?
Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- 99 Speedmart;
- Lotus Stores (Tesco)
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
MYSARA SEMAKAN ONLINE
Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA SEMAKAN ONLINE
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:
- Siapa yang layak menerima MySARA?
- Semua penerima STR yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima MySARA secara automatik melalui MyKad.
- Bagaimana cara guna bantuan dalam MyKad?
- Kunjungi Kedai Berdaftar dan pilih barangan keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA, kemudian bayar barangan tersebut menggunakan MyKad anda.
- Adakah MySARA boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya dibenarkan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad.
- Bagaimana jika semakan menunjukkan tidak layak?
- Anda boleh membuat rayuan di Portal STR, serta mengesahkan kelayakan semula dengan pihak berwajib dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Adakah perlu daftar permohonan baharu?
- Tidak, Kelayakan penerima MYSARA adalah secara automatik jika anda lulus STR, dan memenuhi syarat kelayakan bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]