MYSARA SEMAK KELAYAKAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Menurut rekod, jumlah penerima yang layak menerima bayaran Bantuan MySARA adalah kira-kira seramai 700,000 ribu dan tambahan 4.7 juta penerima terbaru manjadikan keseluruhannya seramai 5.4 juta penerima.
Bagaimanakah MySARA semak kelayakan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : DUIT BANTUAN 100 IC : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2025
Bantuan MySARA khas untuk yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Berikut pula syarat kelayakan terbaru :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN MYSARA 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan MySARA sepanjang tahun 2025 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYSARA (MISKIN & MISKIN TEGAR) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 – RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun |
| Warga Emas | RM100 – RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun |
| Bujang | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYSARA (ASAS BUKAN MISKIN) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
| Warga Emas | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
| Bujang | – |
*Tambahan sebanyak RM100 diberikan kepada semua penerima sedia ada di atas termasuk semua rakyat dewasa Malaysia.
TARIKH BAYARAN MYSARA 2025
Bayaran Bantuan MySARA adalah pada tarikh mengikut jadual berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYSARA |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
| Asas Bukan Miskin | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
MYSARA SEMAK KELAYAKAN 2025
Kelayakan penerima Bantuan MySARA boleh disemak seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MySARA).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- *Format tanpa jarak dan sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.