MYSARA DALAM IC 2025 : SEMAKAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan penerima yang layak secara tanpa tunai melalui MyKad dengan kadar pengkreditan bulanan yang diberikan berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan ekasih dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LIST ITEM MYKASIH 2025 : SEMAK SENARAI BARANG SARA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSARA DALAM IC
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
KADAR BAYARAN MYSARA DALAM IC
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN MYSARA DALAM IC
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH MULA BAYARAN | TARIKH AKHIR BAYARAN |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Januari 2025 | Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja | April 2025 | Disember 2025 |
Amaun Baki kredit dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH sehingga akhir tahun 2025.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYSARA DALAM IC SECARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
KAEDAH | PENERANGAN |
---|---|
Portal Rasmi SARA | Semak status berdasarkan maklumat di Sistem SARA/MyKasih |
Portal Rasmi MySTR | Semak status berdasarkan maklumat di Sistem STR |
Semak di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN DUIT BANTUAN MYSARA DALAM IC
Bantuan MYSARA yang disalurkan ke dalam IC/Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025

SENARAI KEDAI LULUS PEMBELIAN MENGGUNAKAN IC
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI MYKASIH 2025
CARA GUNA KREDIT MYSARA DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:
- Apa itu MYSARA?
- MYSARA adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
- Adakah perlu memohon MYSARA?
- Tidak. Kelayakan MYSARA adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
- Adakah MYSARA boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. MYSARA hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
- Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MYSARA?
- Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MYSARA?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]