MYSARA CHECK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Telah dimaklumkan oleh Kerajaan MADANI bahawa inisiatif Bantuan mySARA akan dilaksanakan secara berterusan selama tempoh 12 bulan bermula daripada bulan Januari sehingga ke bulan Disember 2025.
Bagaimanakah mySARA check status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN EKASIH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH KREDIT MYSARA TERBARU 2025
Berikut merupakan tarikh pengkreditan mySARA yang terbaru :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT MYSARA |
---|---|
Penerima Miskin dan Miskin Tegar | 1 April 2025 (Selasa) |
Penerima Asas Bukan Miskin | 1 April 2025 (Selasa) |
AMAUN KREDIT MYSARA TERBARU 2025
Pada 1 April 2025 (Selasa), Bantuan mySARA dikreditkan dengan amaun berikut :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN KREDIT MYSARA |
---|---|
Bujang | RM200 |
Isi Rumah | RM50 |
Warga Emas | RM150 |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN KREDIT MYSARA |
---|---|
Isi Rumah | RM100 |
Warga Emas | RM50 |
MYSARA CHECK 2025
Ikuti cara check status kelayakan penerima mySARA seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi mySARA.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA KREDIT MYSARA 2025
Pengkreditan Bantuan mySARA adalah secara tanpa tunai (cashless) menerusi akaun kad pengenalan (IC) penerima yang layak dan penerima boleh menggunakan Bantuan mySARA untuk pembelian barangan keperluan asas dengan hanya kad pengenalan (IC) sahaja.
CHECK BAKI MYSARA 2025
Ikuti cara check baki Bantuan mySARA dalam Kad Pengenalan (IC) penerima :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.