MYSARA 2026 : CEK KELAYAKAN PEMOHON LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN SARA BULANAN DALAM IC (RM50, RM100, RM200)
Program Bantuan Bulanan MySARA bakal diteruskan lagi untuk tahun 2026 kerana mendapat sambutan yang baik oleh penerima sebelum ini. Seiring dengan itu, Kerajaan meluaskan pemberian kepada hampir 9 juta penerima.
Bagaimanakah cara cek kelayakan pemohon MySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR HASIL 2026 YANG DIBAYAR : CEK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA SEMASA FASA 1
PENGENALAN MYSARA
MySARA adalah singkatan daripada Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (IC) penerima untuk digunakan untuk beli keperluan asas harian.
Ciri khas MySARA :
- ✅ Dikreditkan dalam Kad Pengenalan (IC).
- ✅ Perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas.
- ✅ Boleh digunakan di lebih 10,000 ribu kedai terpilih.
- ❌ Tidak boleh dikeluarkan secara tunai.
KADAR BAYARAN MYSARA 2026
Setiap kategori akan terima kadar bayaran bantuan yang sepadan dengan kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun |
| Asas Bukan Miskin | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
- Kategori Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun |
| Asas Bukan Miskin | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Miskin & Miskin Tegar | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| Asas Bukan Miskin | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN MYSARA 2026
Pembayaran Bantuan MySARA akan dilaksanakan sebulan sekali dan setiap penerima yang layak akan terima bayaran melalui Kad Pengenalan (MyKad) mengikut jadual seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 & 16/01/2026 |
| 2. | 01/02/2026 |
| 3. | 01/03/2026 |
| 4. | 01/04/2026 |
| 5. | 01/05/2026 |
| 6. | 01/06/2026 |
| 7. | 01/07/2026 |
| 8. | 01/08/2026 |
| 9. | 01/09/2026 |
| 10. | 01/10/2026 |
| 11. | 01/11/2026 |
| 12. | 01/12/2026 |
CEK KELAYAKAN PEMOHON MYSARA
Sehari sebelum pembayaran Bantuan MySARA, setiap pemohon boleh cek kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran pertama mengikut panduan berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT MYSARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]