MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN & TUNTUTAN 2026

MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN & TUNTUTAN 2026

Sebahagian daripada penerima mySalam telahpun berjaya menuntut bayaran dengan kadar bermula RM50 dan sehingga RM8,000. Namun, masih ada lagi penerima yang belum mengemukakan sebarang tuntutan untuk hospitalisasi atau penyakit kritikal.

Bagaimanakah semak status kelayakan & tuntutan mySalam? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BUDI MADANI RON95 – STATUS KELAYAKAN & BAKI KUOTA

SIAPA LAYAK TUNTUT MYSALAM?

Tidak semua rakyat Malaysia boleh tuntut mySalam kerana ianya terhad kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had UmurBerkahwin : 18 – 65 tahun
Bujang : 21 – 65 tahun
OKU : 18 – 65 tahun
Kadar Pendapatan
(Tahunan)
Tidak melebihi
RM24,000 setahun
Status Permohonan STRLulus permohonan dan
tersenarai sebagai penerima
STR 2026

KADAR TUNTUTAN MYSALAM

Rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menuntut bayaran mySalam dengan kadar yang ditetapkan bagi penyakit kritikal dan hospitalisasi seperti berikut :

JENIS TUNTUTANKADAR MYSALAM
Tuntutan Penyakit KritikalRM8,000 sekali seumur hidup
Tuntutan HospitalisasiRM50 (sehari)
atau sehingga
RM700 (14 hari)

MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN

Bagi rakyat yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima mySalam. Sila ikuti panduan semakan status yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Masukkan 12 digit nombor MyKad anda.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 800424112345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan mySalam akan dipaparkan.
  7. Selesai.

PANDUAN TUNTUTAN MYSALAM 2026

Penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh mengemukakan tuntutan mySalam di atas dua (2) kategori, iaitu :

  • Tuntutan untuk Penyakit Kritikal; atau
  • Tuntutan untuk Hospitalisasi.

*cara tuntutan bagi kedua-dua kategori tersebut adalah berbeza. Rujuk panduan lengkap cara tuntut mySalam di bawah.

CARA TUNTUT MYSALAM UNTUK PENYAKIT KRITIKAL

Sekiranya didiagnos salah satu (1) daripada 50 penyakit kritikal, anda boleh kemukakan tuntutan mySalam seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

CARA TUNTUT MYSALAM UNTUK HOSPITALISASI

Bagi penerima yang dimasukkan ke hospital lebih sehari atau sehingga 14 hari, boleh kemukakan tuntutan mySalam bagi hospitalisasi seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian dan e-mel rasmi mySalam di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment