MYSALAM SEMAK KELAYAKAN PENERIMA 2025

MYSALAM SEMAK KELAYAKAN PENERIMA 2025

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan mySalam sebagai sebuah inisiatif skim perlindungan kesihatan kepada golongan yang tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans kesihatan khususnya individu yang didiagnosis dengan penyakit kritikal atau memerlukan rawatan perubatan.

Artikel ini akan menerangkan secara mendalam mengenai apa itu MySalam, manfaatnya, dan cara untuk mendaftar serta mendapat bantuan daripada skim ini.

BACA JUGA : BANTUAN SENTUHAN KASIH SABAH RM900 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

MYSALAM SEMAK

APA ITU MYSALAM?

mySalam adalah sebuah skim insurans kesihatan yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan akses kepada perlindungan kesihatan. Skim ini memberi manfaat kepada yang layak, dengan memberikan perlindungan terhadap 45 jenis penyakit kritikal dan juga menanggung kos perubatan apabila dirawat di hospital.

SEMAK SIAPA YANG LAYAK MYSALAM?

Skim mySalam terbuka kepada rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria tertentu. Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan utama untuk penerima program mySalam :

SYARAT KELAYAKANKRITERIA PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had umur18 hingga 55 tahun
Kadar PendapatanTidak melebihi RM100,000 setahun
Status Lulus dan merupakan penerima STR

MANFAAT MYSALAM

Skim mySalam menawarkan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia yang layak. Berikut adalah beberapa manfaat utama yang ditawarkan oleh mySalam :

  1. Perlindungan Penyakit Kritikal :
    • Memberikan perlindungan kepada individu yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal. Penyakit-penyakit ini termasuk kanser, serangan jantung, strok, buah pinggang, dan banyak lagi. Dengan MySalam, individu yang layak boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk membantu menanggung kos rawatan.
  2. Sumbangan Kos Rawatan di Hospital :
    • Menanggung kos rawatan bagi beberapa penyakit lain yang memerlukan rawatan hospital. Sekiranya pesakit perlu dimasukkan ke hospital, mereka akan menerima manfaat harian bagi kos rawatan (bergantung kepada kelayakan).
  3. Manfaat Kewangan untuk Perbelanjaan Harian :
    • Menawarkan bantuan kewangan harian kepada individu yang perlu berhenti bekerja atau menjalani rawatan berterusan akibat penyakit kritikal. Ini membantu mereka untuk menanggung kos kehidupan seharian semasa menjalani rawatan.
  4. Sumber Bantuan untuk Golongan Berpendapatan Rendah :
    • Individu yang berpendapatan rendah atau yang menerima bantuan daripada program STR akan terima mySalam untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat yang kurang bernasib baik.

KADAR BAYARAN MYSALAM 2025

Kadar pembayaran skim mySalam kepada penerima adalah bergantung kepada jenis manfaat seperti berikut :

JENIS MANFAATKADAR BAYARAN
Kos rawatan di Hospital
(Hospitalisasi)
RM50 sehari
(Maksimum 14 hari)
RM700 setahun
45 penyakit kritikalRM8,000 sekali seumur hidup

MYSALAM SEMAK KELAYAKAN PENERIMA 2025

Untuk ketahui sama ada anda layak atau tidak terima Skim mySalam, ikuti cara semakan secara online melalui Portal Rasmi mySalam seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
  6. Klik butang [Log Masuk].
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSALAM

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan skim mySalam :

  1. Adakah perlu membayar sebarang kos untuk mySalam?
    • Tidak perlu kerana ianya diberikan secara percuma kepada penerima yang layak.
  2. Dimanakah boleh buat tuntutan mySalam?
    • Tuntutan mySalam boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi mySalam dengan mengisi borang tuntutan dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Adakah golongan bujang juga layak tuntut mySalam?
    • Individu bujang yang merupakan penerima STR dan memenuhi kriteria kelayakan mySalam juga layak untuk buat tuntutan.
  4. Berapa lamakah proses tuntutan mySalam?
    • Biasanya ian mengambil masa 14 hingga 21 hari bekerja selepas permohonan diterima.
  5. Bolehkah tuntutan mySalam dibuat secara berulang kali?
    • Penyakit kritikal : hanya boleh buat sekali sahaja kerana bayaran sekali seumur hidup;
    • Kos hospitalisasi : boleh dituntut berulang kali selagi tidak melebihi 14 hari setahun.

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan mySalam adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut, sila rujuk pihak mySalam seperti berikut :

Leave a Comment