MYSALAM 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Dalam 40% rakyat iaitu yang merupakan golongan B40 (berpendapatan rendah) di bawah RM24,000 setahun akan secara automatik layak menerima manfaat mySalam dan boleh menuntut bayaran bagi Hospitalisasi dan juga penyakit kritikal yang dialami.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan mySalam? Ikuti panduan dan baca info lanju di bawah.
BACA JUGA : MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN SARA
APA ITU MYSALAM?
Bantuan mySalam adalah sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang Kerajaan sediakan untuk memberi perlindungan takaful kepada rakyat yang layak menerima manfaat Skim Perlindungan mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Antara manfaat mySalam adalah termasuk :
- Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
- Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.
KADAR BANTUAN MYSALAM 2026
Setiap B40 yang berkelayakan menerima Bantuan mySalam, berikut merupakan kadar bayaran mengikut jenis manfaat :
| JENIS MANFAAT | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Hospitalisasi | RM50 sehari (maksimum 14 hari) sehingga RM700 setahun |
| Penyakit Kritikal | RM8,000 sekali seumur hidup |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSALAM
Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah akan secara automatik layak menerima Bantuan mySalam tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan. Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Berkahwin : 18 – 65 tahun Bujang : 21 – 65 tahun OKU : 18 – 65 tahun |
| Kadar Pendapatan Tahunan | Kurang daripada RM24,000 setahun |
| Status Penerima STR 2026 | Merupakan penerima STR 2026 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2026
Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan mySalam, sila ikuti cara semakan status secara online melalui laman web rasmi di bawah :
- Sila layari laman web rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Layarkan skrin ke bahagian tengah.
- Masukkan nombor MyKad anda (12 digit).
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
- Contoh 880204112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan akan dipaparkan seperti :
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2025 & 2026. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan.”
- Selesai.
CARA TUNTUTAN MYSALAM – PENYAKIT KRITIKAL
Sekiranya ‘LAYAK’, penerima boleh membuat tuntutan Bantuan mySalam bagi penyakit kritikal untuk dapatkan bayaran sehingga RM8,000 setahun. Ikuti cara tuntutan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
CARA TUNTUTAN MYSALAM – HOSPITALISASI
Bagi penerima yang ‘Layak’ serta dimasukkan ke hospital dari 1 hingga 14 hari pula boleh buat tuntutan sebanyak RM50 sehari sehingga RM700 (14 hari) mengikut panduan di bawah :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan mySalam, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel berikut :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.