MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Supaya rakyat dapat memenuhi keperluan asas, Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini, sekaligus meluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan status layak MyKasih Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH ONLINE : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SENARAI KEGUNAAN MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai yang diluluskan seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

KADAR BANTUAN MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Berikut merupakan kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan sepanjang tahun 2025 kepada penerima yang layak :

Penerima Sedia Ada (Status ‘Miskin & Miskin Tegar’) :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal ada anak)
RM100 / sebulan (Januari – Mac)
RM200 / sebulan (April – Disember)
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM100 / sebulan (Januari – Mac)
RM150 / sebulan (April – Disember)
BUJANG
(Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak)
RM50 / sebulan (Januari – Disember)

Penerima Baharu (Status ‘Asas Bukan Miskin’) :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal ada anak)
RM100 / sebulan (April – Disember)
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM50 / sebulan (April – Disember)
BUJANG
(Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak)

JUMLAH PENERIMA LAYAK MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Pada tahun 2025, terdapat pertambahan jumlah penerima yang layak seramai 75% (peratus) daripada tahun lalu, iaitu :

STATUS KELAYAKANJUMLAH PENERIMA
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
700,000 ribu penerima
Penerima Baharu
(Asas Bukan Miskin)
4.7 juta penerima
= 5.7 juta penerima 2025

SEMAKAN STATUS MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, semakan perlu dilakukan melalui Portal Rasmi My Kasih seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my
  1. Sila layari puatan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN] di sebelah kanan.
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan Nombor MyKad* dengan 12 digit nombor kad pengenalan anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  8. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  9. Log masuk ke Portal Rasmi STR.
  10. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment