MYKASIH SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK
Masih ramai antara penerima Bantuan MyKasih yang tidak mengetahui bahawa mereka layak menerima pengkreditan dalam Kad Pengenalan dan masih ramai yang tidak menggunakan manfaat tersebut untuk pembelian barang keperluan asas kerana tidak tahu status bahawa mereka layak.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak MyKasih? Rujuk panduan semakan dan info di bawah.
BACA JUGA : BARANGAN MYKASIH 2026 : SENARAI BARANG & STATUS BAYARAN
SISTEM AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih diagihkan kepada setiap penerima dari serata negeri di Malaysia melalui sistem yang sama supaya setiap penerima mudah untuk menerima dan menggunakan bantuan. Berikut merupakan sistem agihan :
- Diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan diri (🪪) penerima pada setiap bulan khas untuk pembelian barang keperluan asas di lebih 10,000 kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang terpilih seluruh Malaysia.
NILAI BANTUAN MYKASIH 2026
Daripada RM15 billion peruntukan yang disediakan, Kerajaan mengagihkan bayaran Bantuan MyKasih kepada setiap kategori bermula dengan nilai RM600 dan sehingga maksimum RM2,400 setahun seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN | NILAI BANTUAN MYKASIH | BAYARAN SEMASA |
|---|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM2,400 setahun | RM200 sebulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM1,800 setahun | RM150 sebulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM1,200 setahun | RM100 sebulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM1,200 setahun | RM100 sebulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM600 setahun | RM50 sebulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM600 setahun | RM50 sebulan |
TEMPOH PENERIMAAN MYKASIH 2026
Agihan Bantuan MyKasih dilaksanakan setiap bulan dan jika tidak digunakan, baki dibawa ke bulan berikutnya dan ianya boleh diguna pada bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH GUNA | TAMAT TEMPOH |
|---|---|---|
| 9-16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
MEDIUM SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026
Bagi memudahkan rakyat untuk membuat semakan status kelayakan, pihak Kerajaan telah menyediakan dua (2) medium semakan yang boleh diakses secara atas talian (online) melalui telefon pintar.
Berikut merupakan dua (2) medium semakan MyKasih yang disediakan :
| MEDIUM SEMAKAN MYKASIH | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
| Aplikasi MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
MYKASIH SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK
Semakan status untuk tahu sama ada layak atau tidak boleh dilakukan melalui dua (2) medium, iaitu di Portal MyKasih dan juga di aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Cara Semakan Status MyKasih Melalui Portal :
- Sila layari Portal MyKasih (klik pautan di atas).
- Anda akan dibawa ke halaman utama Portal MyKasih.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak> (contoh : 800330112345).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Status MyKasih Melalui Aplikasi :
- Sila muat turun aplikasi MyKasih (melalui App Store / Play Store).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan 2 pilihan.
- Pilih salah satu [SARA Untuk Semua] atau [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua].
- Contoh > [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua].
- Klik butang [TERUSKAN] untuk semua pengenalan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak> (contoh : 800330112345).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.