MYKASIH SEMAKAN ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

MYKASIH SEMAKAN ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Terkini, penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah seramai 5.4 juta daripada golongan miskin, miskin tegar dan juga bukan miskin (pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan).

Bagaimanakah semakan status penerima MyKasih terkini secara online? Ikuti panduan di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA MYKASIH SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH MYKASIH YANG TERKINI DIKREDITKAN 2025

Jumlah Bantuan MyKasih yang terkini 2025 dikreditkan sebanyak berikut :

KELAYAKAN PENERIMAISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Miskin & Miskin TegarRM2,100 setahunRM1,650 setahunRM600 setahun
Asas Bukan MiskinRM900 setahunRM450 setahun
*Namun, jumlah di atas dikreditkan secara ansur setiap bulan.

JADUAL PENGKREDITAN MYKASIH TERKINI 2025

Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan MyKasih pada setiap bulan :

TARIKH PENGKREDITANPENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
(SETIAP BULAN)
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
(SETIAP BULAN)
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM50
Bujang : –

CARA PENGKREDITAN MYKASIH TERKINI 2025

Penerima di Sabah dan Sarawak tidak lagi menerima pengkreditan Bantuan MyKasih secara tunai pada setiap dua (2) kali setahun. Namun, ianya telah diselaraskan mengikut cara berikut :

CARA PENGKREDITAN MYKASIH
KEPADA PENERIMA
DI SEMENANJUNG MALAYSIA
CARA PENGKREDITAN MYKASIH
KEPADA PENERIMA
DI SABAH DAN SARAWAK
Secara tanpa tunai (cashless) terus
ke dalam kad pengenalan penerima
pada setiap bulan
Secara tanpa tunai (cashless) terus
ke dalam kad pengenalan penerima
pada setiap bulan

MYKASIH SEMAKAN STATUS ONLINE TERKINI 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima MyKasih secara online seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  8. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  9. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  10. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  11. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  12. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  13. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  14. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  15. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  16. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  17. Selesai.

MYKASIH SEMAKAN BAKI ONLINE TERKINI 2025

Baki Bantuan MyKasih dalam kad pengenalan boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment