MYKASIH FASA 1 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sistem agihan MyKasih adalah bertujuan untuk memastikan bantuan digunakan hanya untuk barangan keperluan asas yang dibenarkan. Sekaligus ianya bagi menyokong golongan berpendapatan rendah seperti miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas bulanan.
Bagaimanakah semak status MyKasih Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
MANFAAT BANTUAN MYKASIH
Berikut merupakan antara manfaat Bantuan MyKasih yang akan dinikmati oleh penerima yang layak :
| BIL. | SENARAI MANFAAT MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Dapat meringankan beban kos perbelanjaan dapur setiap bulan |
| 2. | Boleh gunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas harian dan bulanan |
| 3. | Pembelian secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) |
| 4. | Boleh digunakan di mana-mana kedai runcit / pasar mini / pasaraya terpilih seluruh Malaysia |
| 5. | Penggunaan mudah dan cepat hanya perlu guna Kad Pengenalan dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai |
| 6. | Baki yang tidak digunakan atau tidak habis akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh guna bersama kredit semasa |
| 7. | Disah digunakan sehingga 31 Disember 2026 |
TARIKH KREDIT MYKASIH FASA 1 2026
Pengkreditan Bantuan MyKasih Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada tarikh-tarikh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin Tegar & Bukan Miskin) | 09 Januari 2026 (Jumaat) |
| Warga Emas (Miskin Tegar & Bukan Miskin) | 09 Januari 2026 (Jumaat) |
| Bujang (Miskin Tegar & Bukan Miskin) | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
KADAR BANTUAN MYKASIH FASA 1 2026
Kadar bayaran Bantuan MyKasih untuk Fasa 1 dikreditkan sebanyak berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah Status Miskin Tegar | RM200 |
| Warga Emas Status Miskin Tegar | RM150 |
| Bujang Status Miskin Tegar | RM100 |
| Isi Rumah Status Bukan Miskin | RM100 |
| Warga Emas Status Bukan Miskin | RM50 |
| Bujang Status Bukan Miskin | RM50 |
PLATFORM SEMAK STATUS MYKASIH
Ada dua (2) platform yang boleh diakses secara percuma untuk semakan status penerima, iaitu :
| PLATFORM | PAUTAN |
|---|---|
| Aplikasi MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
| Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
CARA SEMAK STATUS MYKASIH 2026
Ikuti cara semakan status MyKasih melalui dua (2) platform yang tertera di bawah :
- Panduan Semakan Status Dalam Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
- Layari pautan Portal Rasmi MyKasih.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT MYKASIH
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.