MYKASIH DALAM IC SEMAK : SEMAKAN STATUS 2025
Sistem pengkreditan Bantuan MyKasih adalah dilaksanakan secara tanpa tunai melalui IC (Kad Pengenalan) supaya penerima dapat menerima dan menggunakan bantuan dengan mudah dan selamat tanpa sebarang ketirisan.
Maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan MyKasih Dalam IC dihuraikan dalam artikel ini. Baca maklumat dan ikuti panduan semakan status di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MAIK KELANTAN : SEMAKAN
MANFAAT MYKASIH DALAM IC
Inisiatif Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam IC dapat memberikan pelbagai manfaat kepada penerima. Antara manfaat yang dapat daripada Bantuan MyKasih dalam IC adalah :
- Dapat menerima Bantuan MyKasih dengan mudah.
- Boleh digunakan untuk beli barang keperluan tanpa tunai.
- Selamat kerana hanya pemegang IC boleh menggunakannya.
- Boleh beli lebih 14 jenis barang keperluan dengan IC.
- Terdapat lebih 7,300 kedai dan pasaraya menerima bayaran menggunakan MyKasih dalam IC.
- Tempoh penggunaan sehingga 12 bulan.
TIPS GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM IC
Berikut merupakan panduan / tips menggunakan Bantuan MyKasih dalam IC untuk pembelian barang keperluan asas :
TIPS GUNA MYKASIH DALAM IC | KETERANGAN |
---|---|
Kunjungi kedai runcit atau pasaraya terpilih | Pembelian guna MyKasih dalam IC hanya sah di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih sahaja |
Pilih barang keperluan | Penerima perlu pilih barang keperluan yang mempunyai label MyKasih |
Pergi ke kaunter | Sesetengah pasaraya mempunyai kaunter khas untuk bayaran MyKasih dalam IC |
Tunjukkan IC kepada juruwang | Juruwang perlu mengesahkan anda penerima MyKasih |
Juruwang imbas barang keperluan | Setiap barang keperluan yang dipilih akan diimbas menggunkan sistem MyKasih |
Bayar guna IC | Sentuhkan IC pada mesin MyKasih yang disediakan juruwang |
Resit bayaran diberikan | Juruwang akan berikan resit bayaran untuk semakan baki |
KADAR KREDIT MYKASIH DALAM IC
Bantuan MyKasih dikreditkan dalam IC mengikut kadar yang ditetapkan kepada setiap penerima. Berikut merupakan kadar kredit Bantuan MyKasih dalam IC penerima :
Pengkreditan MyKasih Dalam IC Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT SETIAP BULAN | KADAR KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 – RM200 | RM2,100 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM100 – RM150 | RM1,650 |
Bujang | RM50 | RM600 |
Pengkreditan MyKasih Dalam IC Penerima Asas Bukan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT SETIAP BULAN | KADAR KREDIT SETAHUN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 | RM900 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM50 | RM450 |
Bujang | – | – |
JADUAL KREDIT MYKASIH DALAM IC
Pelaksanaan pengkreditan Bantuan MyKasih dalam IC penerima adalah mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI. Berikut merupakan jadual kredit Bantuan dalam IC setiap kategori :
KATEGORI PENERIMA | KREDIT DALAM IC 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | KREDIT DALAM IC 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan | RM200 setiap bulan |
Warga Emas Miskin Bukan Miskin | RM100 setiap bulan | RM150 setiap bulan |
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM50 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | – | RM100 setiap bulan |
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | – | RM50 setiap bulan |
MYKASIH DALAM IC SEMAK
Semakan status penerima Bantuan MyKasih Dalam IC boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi MyKasih. Ikuti panduan semakan status yang lengkap seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan MyKasih :
- Bilakah tarikh akhir guna Bantuan MyKasih dalam IC?
- Bantuan MyKasih dalam IC sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
- Adakah baki Bantuan MyKasih yang ada dalam IC akan dibawa ke bulan seterusnya?
- Ya, baki Bantuan MyKasih yang ada dalam IC akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama baki semasa.
- Bolehkah wakilkan ahli keluarga untuk guna Bantuan MyKasih dalam IC?
- Ianya bergantung kepada penerima yang membenarkan ahli keluarga membuat pembelian guna Bantuan MyKasih dalam IC.
- Dimanakah premis yang menerima penggunaan Bantuan MyKasih dalam IC?
- Boleh digunakan di mana-mana 7,300 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
- Bagaimanakah cara mohon Bantuan MyKasih dalam IC?
- Tiada permohonan diperlukan kerana Bantuan MyKasih diberikan secara automatik kepada penerima yang daftar STR dan eKasih.
RUJUKAN
Semua informasi di atas berkaitan Bantuan MyKasih Dalam IC adalah dirujuk sepenuhnya dalam Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak berwajib berikut :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]