MYKASIH CHECK STATUS ONLINE : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)

MYKASIH CHECK STATUS ONLINE : 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ditambahbaik dengan peningkatan kadar peruntukan tertinggi dalam sejarah serta diperluas kepada 5.4 juta penerima yang layak di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanakah check status kelayakan penerima mykasih 2025 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH BOLEH BELI APA : SENARAI BARANG & SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK CHECK STATUS PENERIMA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025 SECARA ONLINE

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai

KADAR BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM2,100 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM1,650 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
(RM600 Setahun)
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM900 Setahun)
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM450 Setahun)
RM50/bulan (bermula April – Disember)

KEGUNAAN KREDIT BANTUAN MYKASIH

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad (IC) untuk membeli 14 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang terpilih dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melaui MyKad (IC).

CARA GUNA KREDIT MYKASIH 2025

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CHECK BAKI KREDIT MYKASIH SECARA ONLINE

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment