MYKASIH CARA SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA
Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dimasukkan setiap bulan kepada 5.4 juta penerima sedia ada dan bayaran sekaligus (one-off) dimasukkan kepada semua 22 juta rakyat dewasa termasuk penerima sedia ada.
Bagaimanakah MyKasih cara semakan status penerima Bantuan SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN RM100 IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SEKARANG
KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH BANTUAN SARA
Berikut merupakan syarat-syarat penerima Bantuan SARA yang ditetapkan :
Syarat Kelayakan Penerima MyKasih Bantuan SARA Setiap Bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Syarat Kelayakan Penerima MyKasih Bantuan SARA One-off :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan.
*Termasuk penerima sedia ada setiap bulan.
JUMLAH KREDIT MYKASIH BANTUAN SARA
Pengkreditan Bantuan SARA adalah sebanyak jumlah berikut :
KATEGORI PENERIMA | KREDIT SETIAP BULAN (Penerima Miskin) | KREDIT SETIAP BULAN (Penerima Asas) | KREDIT ONE-OFF (Semua Rakyat) |
---|---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 | RM100 | RM100 |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 | RM50 | RM100 |
BUJANG | RM50 | – | RM100 |
TARIKH KREDIT MYKASIH BANTUAN SARA
Bantuan SARA dikreditkan mengikut tarikh berikut :
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA SETIAP BULAN | TARIKH KREDIT BANTUAN SARA ONE-OFF |
---|---|
15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
MYKASIH CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA SETIAP BULAN
Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di bawah untuk semak status sebagai penerima Bantuan SARA setiap bulan :
- Pautan Portal Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MYKASIH CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA ONE-OFF
Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit untuk semak status sebagai penerima Bantuan SARA One-off :
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.