MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai
Walaupun Bantuan MyKasih telah dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan penerima. Namun, ramai penerima yang tidak tahu cara menggunakannya di kedai terpilih. Mudah sahaja untuk guna Bantuan MyKasih kerana pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.
Bagaimanakah cara guna Bantuan MyKasih di kedai? Rujuk panduan lebih lanjut di bawah.
Baca Juga : Jangan Abaikan! Bantuan Dalam MyKad Ini Ramai Tak Claim
Senarai Kedai Boleh Guna MyKasih
Kini, lebih 10,000 kedai runcit, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dan mempunyai sistem bayaran dengan menggunakan Bantuan MyKasih. Penerima yang layak boleh membuat pembelian di kedai-kedai terpilih seperti berikut :
- Mydin.
- Giant.
- Econsave.
- The Store.
- Pacific.
- 99 Speedmart.
- Lotus Store (Tesco).
- Lulus Supermarket.
- TF Mart.
*Dan pelbagai lagi pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar MyKasih (Semak senarai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai
Oleh kerana ramai yang tak tahu bagaimana cara untuk guna Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan. Berikut kami kongsikan cara mudah untuk guna Bantuan MyKasih di kedai terpilih seluruh Malaysia :
| LANGKAH | CARA GUNA MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai berdaftar dengan MyKasih berhampiran anda |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Pergi ke ‘Kaunter MyKasih’ |
| 4. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
| 5. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih sehingga mencukupi jumlah baki |
| 6. | Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan penerima |
| 7. | Resit pembelian akan diberikan untuk bukti transaksi |
Tarikh Masuk MyKasih Bulan Ini
Bulan ini (April), Bantuan MyKasih telahpun dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan penerima dan boleh digunakan pada bila-bila masa memerlukan. Berikut merupakan tarikh kredit Bantuan MyKasih untuk bulan ini :
| JENIS BAYARAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Bulanan MyKasih | 01 April 2026 (Rabu) |
Jumlah MyKasih Masuk Bulan Ini
Tidak semua penerima akan menerima Bantuan MyKasih dengan jumlah yang sama. Ini kerana, Kerajaan telah menetapkan jumlah yang berbeza mengikut kategori serta kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT (BULAN INI) |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 / setiap ketua isi rumah |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 / setiap individu |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 / setiap individu |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 / setiap ketua isi rumah |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 / setiap individu |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 / setiap individu |
Rujukan Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/