MYKASIH BARANG DAPUR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Terkini, terdapat lebih 100,000 ribu barang keperluan asas termasuk barang dapur yang diluluskan dan dapat dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026 khas untuk penerima yang status layak.
Bagaimanakah semakan status penerima & senarai barang dapur MyKasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
MYKASIH BARANG DAPUR 2026
Terdapat lebih 10 kategori barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih dan untuk tahun 2026, lebih 100,000 jenama produk yang diluluskan, antarannya ialah :
| KATEGORI BARANG DAPUR | JENAMA DILULUSKAN |
|---|---|
| Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
| Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
| Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
| Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
| Bahan Perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
| Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
| Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
| Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
| Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
CARA BELI BARANG DAPUR GUNA MYKASIH
Penerima yang belum pernah menggunakan MyKasih untuk beli barang dapur, ikuti cara-cara pembelian yang mudah seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai / pasaraya / pasar mini yang berdaftar MyKasih |
| 2. | Pilih barang dapur yang ingin dibeli berdasarkan jenama yang diluluskan |
| 3. | Pergi ke kaunter yang berlabel ‘Kaunter MyKasih’ |
| 4. | Berikan Kad Pengenalan pada juruwang yang bertugas |
| 5. | Juruwang akan imbas barang dapur mengikut jenama yang diluluskan dan mengikut had bantuan yang dikreditkan |
| 6. | Bayaran akan disahkan menggunakan Kad Pengenalan dan resit pembelian akan diberikan |
HAD BANTUAN MYKASIH 2026
Sebelum buat pembelian barang dapur guna MyKasih, penerima perlu mengetahui berapa had bantuan yang dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan masing-masing :
| KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | HAD BANTUAN MYKASIH 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Status Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Status Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
TARIKH BOLEH BELI BARANG DAPUR GUNA MYKASIH 2026
Bantuan MyKasih dikreditkan setiap bulan dan apabila ianya dikreditkan dalam Kad Pengenalan, penerima boleh membeli barang dapur bermula pada tarikh-tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
| Bujang | 16/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026
Bagi rakyat yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih, ikuti cara semakan status yang lengkap dan mudah seperti berikut :
- Sila layari pautan laman web rasmi MyKasih di sini – https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada kotak [Verify you are human].
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
MAKLUMAT LANJUT MYKASIH
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut bagi menadapatkan maklumat berkaitan Bantuan SARA MyKasih, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib melalui :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Bahawasanya kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk segala maklumat dan informasi yang telah kami tulis dan kongsikan ini. Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk berkongsi maklumat terkini dan sahih untuk memudahkan carian berkaitan info terbaru oleh kerajaan.
Artikel ini dirujuk berdasarkan sumber yang sahih di : https://www.sara.gov.my/.